PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, March 21, 2011

IMPIAN DAN HARAPAN PKR NAK TUMBANGKAN BN HANCUR BERKECAI





Hasrat pakatan parti pembangkang untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak tidak lama lagi terjejas apabila Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) sekali lagi membuat kejutan dengan menutup terus pintu rundingan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pembahagian kerusi, sekali gus mengumumkan tidak akan bekerjasama dengan parti itu.

Keputusan itu diumumkan Presiden SNAP, Edwin Dundang di sini semalam, sehari sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, dibubarkan hari ini.

Berikutan keputusan itu, pembangkang dijangka bertembung sesama sendiri pada pilihan raya yang dikatakan akan diadakan pada 16 April depan. Ini kerana Pesuruhjaya PAS Sarawak, Adam Ahid, turut mengakui PKR menuntut mahu meletakkan calon di kawasan yang diminati PAS, iaitu Sadong Jaya, Beting Maro, Tupang dan Jepak.

Selain empat kawasan itu PAS berhasrat bertanding di Sebuyau dan Senadin.
Edwin, ketika dihubungi semalam berkata, SNAP tidak akan mengadakan sebarang perbincangan lagi dengan PKR mengenai isu pertindihan tuntutan kerusi yang diperuntukkan di kalangan pembangkang, pada pilihan raya negeri kali ini.

“Kami sudah membuat kata putus dan tidak akan berganjak daripada keputusan yang sudah kami buat,” katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi PKR Negeri, Baru Bian, bahawa pihaknya akan meneruskan rundingan dengan parti pembangkang lain termasuk SNAP.

Baru turut menyatakan keyakinan masalah pengagihan kerusi antara pembangkang termasuk SNAP, DAP dan PAS dapat diselesaikan dalam minggu ini, apabila rundingan diteruskan.

Selasa lalu, Edwin yang kecewa dengan tindakan PKR yang mahu SNAP cuma bertanding tiga kerusi telah membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan akan bertanding di 40 kerusi daripada keseluruhan 71 kerusi DUN Sarawak.

Edwin menganggap tindakan PKR yang mahu bertanding di sebahagian besar kerusi itu sebagai keterlaluan, sedangkan SNAP sentiasa bersikap bertolak ansur dalam soal pengagihan kerusi.

“Malah, sekarang saya turut diberitahu PKR mahu bertanding di kerusi majoriti kaum Cina di Meradong, sedangkan ia disandang oleh rakan pembangkang lain iaitu DAP. Mereka (PKR) bukan saja mahu ambil apa yang SNAP mahu, tetapi cuba mengambil kerusi yang dimahukan DAP dan PAS,” katanya.

Edwin berkata, perbincangan mengenai pengagihan kerusi di kalangan parti pembangkang seperti tiada kesudahan dan SNAP tidak lagi berminat untuk terus menunggu kerana mahu melakukan persiapan perlu bagi menghadapi pilihan raya.

“Kami sudah tidak ada masa untuk berbincang. Kami perlu bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya,” katanya sambil menambah sebarang perubahan ketika pilihan raya semakin dekat hanya akan menimbulkan masalah dan rasa kecewa di kalangan bakal calon yang sudah diumumkan SNAP.

- PETIKAN BERITA HARIAN



ULASAN KL BOYZ

Akibat terlalu ghairah untuk bertatah dan menuju ke PutraJaya dan juga oleh kerana sifat tamak haloba yang dipupuk pucuk pimpinan Pakatan PR sendiri, akhirnya perbincangan diantara pembangkang menuju kegagalan.

PKR dan SNAP cuba membuat perbincangan diantara pembangkang, akhirnya mengundang padah kerana akan berhadapan sesama sendiri.

Sudah tentunya kalau kita lihat dari perbincangan yang diadakan diantara mereka, PR ni memang tak sepakat dan ingin membolot dalam pengagihan kerusi kerana cuma 3 kerusi sahaja diberikan kepada SNAP.

Padahal SNAP adalah antara salah satu parti terlama di Sarawak, dan telah membuat keputusan akan menentang PR kembali untuk kerusi yang bakal dipertandingkan.

Nampaknya segala harapan dan impian Pakatan PR di Sarawak menemui jalan buntu dan tak mempunyai harapan langsung untuk menambat hati pengundi di sana. Pakatan PR hanya tinggal nyawa-nyawa ikan sahaja la gamaknya.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...