NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Monday, March 21, 2011
PAKATAN PR SEMAKIN MENUJU KEHANCURAN
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Indera Mahkota di sini yang merupakan kubu kuat parti itu di negeri ini, hampir lumpuh apabila Pemangku Ketua Cabang berkenaan, Ibrahim Sidek bersama 300 ahli mengisytiharkan keluar parti hari ini.
Selain itu, Naib Ketua Wanita PKR Pahang, Izzah Mazlan dan Setiausaha Wanitanya, Fadilah Abd. Wahab turut sama berbuat demikian. Ibrahim yang mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Datuk Mohd. Hazmi Yusof.
Menurut Ibrahim, keputusan itu dibuat selepas mereka hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR khususnya Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, mereka melihat hala tuju parti itu juga semakin tidak menentu dan mementingkan perjuangan individu sahaja.
"Pemimpin PKR seolah-olah cuba melepaskan tanggungjawab mereka dalam menyelesaikan masalah Cabang Indera Mahkota," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Sirih Pulang Ke Gagang di Indera Mahkota di sini hari ini.
Ibrahim yang menyertai PKR sejak 11 tahun lalu berkata, tindakan itu bukan disebabkan desakan oleh UMNO tetapi kekecewaannya terhadap pimpinan parti. Dalam pada itu Fadilah berkata, keputusan itu dibuat kerana terlalu banyak kepincangan dalam parti.
''Saya telah menimbulkan masalah ini kepada pucuk pimpinan tetapi dipandang sepi,'' katanya.
Sementara itu, Mohd. Hazmi berkata, tindakan pemimpin dan ahli PKR Indera Mahkota tersebut menunjukkan parti berkenaan kini menuju kehancuran.
- PETIKAN UTUSAN MALAYSIA
ULASAN KL BOYZ
Setelah satu persatu mengambil tindakan keluar parti, apa yang tinggal menyokong Anwar pun tak tahu la. Mungkin yang tak pernah kena batang hidung sendiri je la yang tinggal, belum kena tipu belum tahu.
Kalau setakat torak Anwar, siapa yang tak kenal kehebatan siputar alam ni bila memberikan ceramah. Hebat dia punya cerita, yang sengal dan tungai je la mungkin akan percaya. Tetapi yang dah terkena dengan segala auta dan tipu daya SESUMPAH, pasti akan meninggalkan Anwar.
Semua kawan-kawannya, orang-orang kuat dalam parti yang setia denganya dahulu dah lama mengambil langkah meninggalkan si Pembohong ni, termasuk individu yang menubuhkan parti dan sahabat karibnya sendiri tidak tahan dengan temberang AL-Juburi.
Beringatlah wahai rakyat, kepada yang masih tak kenal dengan Peliwat Negara ini maka waspadalah, penyamun ni pasti akan menghantui anda satu hari nanti dengan pujuk rayunya yang hebat, untuk menjahanam dan membinasakan manusia hari ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Akhirnya aku kembali lagi untuk memastikan pihak pembangkang menggelupur kepanasan, tapi bukan maksud saya nak menyokong tak tentu pasal...
-
Baru si Azmin nak tabur janji-janji manis, kena sergah pula dengan rakyat yang marah dengan penipuan pemimpin PR kononnya nak menyenangk...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Satu berita baik bakal dilaksanakan buat 1.4 juta kakitangan awam disektor Kerajaan, mereka yang terlibat bakal menerima kenaikkan gaji t...


No comments:
Post a Comment