PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, March 10, 2011

ANWAR, HADI AWANG, LIM KIT SIANG PULAUKAN BUKU JINGGA





Majlis Pelancaran Buku Jingga di Stadium Malawati telah diadakan pada malam Sabtu lepas. Majlis tersebut diadakan sempena Karnival Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor yang berlangsung pada 5 dan 6 Mac, 2011 di tempat yang sama.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat yang dijadualkan berucap di upacara tersebut ialah Anwar Ibrahim, Hadi Awang, Lim Kit Siang dan Khalid Ibrahim.

Majlis bermula pada lebih kurang 9.30 malam setelah pemimpin-pemimpin PR, ahli-ahli exco dan SUK negeri Selangor mengambil tempat masing-masing di atas pentas. Kehadiran amat mengecewakan.

Hanya kira-kira 1,000 orang berada di stadium ketika majlis dimulakan. Jangkaan hadirin menjangkau 10,000 orang nyata jauh meleset. Alasan yang diberi oleh Hasan Ali, selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur amat memalukan dan mengecewakan kerana menyalahkan pilihanraya yang sedang dijalankan.

Kita mahukan semua rakyat memberi sokongan dan hadir untuk mendengar keterangan tentang Buku Jingga bukannya dikalangan ahli yang berjawatan dalam parti, hanya meramaikan untuk mengelirukan keadaan sebenarnya.

Majoriti yang hadir adalah dikalangan ahli-ahli PAS dari bahagian Sungai Burong yang dipimpin oleh Hasan Ali. Bakinya terdiri daripada kakitangan jabatan dan agensi kerajaan negeri Selangor yang telah dikerah untuk hadir serta penghulu-penghulu mukim yang dilantik oleh PR.

Tujuan majlis tersebut ialah untuk memberikan penjelasan terperinci tentang Buku Jingga. Malangnya majlis penerangan Buku Jingga bertukar menjadi majlis pemujaan kepimpinan Khalid Ibrahim.

Kejayaan demi kejayaan kerajaan negeri Selangor diomong-omongkan tanpa menyentuh walau sedikit pun kelemahan dan kepincangan pentadbiran negeri. Ucapan-ucapan hanya bersifat “masuk bakul, angkat sendiri”.

Yang paling mencuit perhatian ialah penjelasan Khalid Ibrahim tentang isu kerajaan negeri Selangor membayar kos penginapan wakil-wakil PKR dari Sabah dan Sarawak semasa Kongres Kebangsaan PKR yang lepas.

Menurut Khalid, pembayaran tersebut ialah sumbangan negeri Selangor kepada peningkatan proses demokrasi negara. Wakil-wakil tersebut kononnya telah didedahkan kepada proses pemilihan.

Wow! Kata-kata yang sungguh indah, niat cukup murni. Tetapi hakikatnya menggunakan wang rakyat negeri Selangor untuk tujuan politik kepartian ialah satu bentuk rasuah. Di mana perubahan yang dilaung-laungkan?

Majlis Pelancaran Buku Jingga tersebut gagal kerana tiada kerjasama ikhlas dari PAS dan DAP dalam mendokongi kempen Buku Jingga. Bilangan orang bukan Melayu yang hadir di majlis tersebut boleh dikira dengan jari.

Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim menarik diri pada saat-saat terakhir setelah dimaklumkan bahawa Presiden PAS, Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah menolak jemputan ke majlis tersebut.

PKR telah diwakili oleh Wan Azizah Ismail, Hasan Ali mewakili PAS dan Tan Seng Giaw mewakili DAP.

Satu petanda yang amat membimbangkan apabila dilihat dari majlis tersebut ialah kecenderungan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR dalam membazirkan wang rakyat.

Majlis pelancaran itu diadakan semata-mata kerana ada peruntukan yang dapat digunakan dari bajet negeri Selangor. Oleh kerana jumlah hadirin yang rendah, banyak nasi bungkus yang dibekalkan terpaksa dibuang begitu sahaja.

Segala kos penganjuran karnival tersebut ditanggung oleh kerajaan negeri Selangor. Jika belanja jamuan menyambut ulangtahun ke-40 Yayasan Selangor mencecah RM800,000.00, bayangkan berapa juta wang rakyat telah dibelanjakan untuk karnival yang berlangsung selama dua hari.

Pembaziran wang rakyat ialah satu manifestasi penyalahgunaan kuasa. PKR sering mengecam UMNO kerana menyalahguna kuasa.

Daripada insiden pembaziran kos penganjuran karnival ini, PKR dilihat sebagai “kata dulang, paku serpih; kata orang, sendiri yang lebih”.

Reformasi yang dijanjikan cuma tinggal sebagai janji palsu saja.

Jika objektif majlis tersebut untuk meraih sokongan rakyat kepada Buku Jingga, nyata majlis yang diadakan telah gagal sama sekali.

Majlis-majlis sedemikian sepatutnya digunakan untuk menjelas dan mengupas “Janji-janji Reformasi Dalam 100 Hari” supaya rakyat dapat menghayati semangat reformasi yang terkandung dalam Buku Jingga.

Setakat ini, Buku Jingga hanya wujud sebagai sebuah mitos PKR di awang-awangan kesedaran politik rakyat.

SUMBER :- Orang dalam Pakatan Temberang Rakyat.

2 comments:

Ular Menyusur Akar said...

You, blogger not intelligent. This is new politics. You blogger apa tau? Jangan sampai I balun you blogger....Tunggu masa je!!

Peristiwa Review said...

UMA: okay finee....
hahahahaha
lawak kot~~~

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...