PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, February 23, 2011

PAS TERGUGAT DENGAN PERCALONAN BN KEKAL DUN KERDAU



Pemilihan anak jati tempatan berkelulusan dari Universiti Al-Azhar ini dipercayai mampu mempertahankan kerusi BN pada pilihan raya kecil ke-16 negara selepas pilihan raya umum 2008.

Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44 tahun, adalah Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Beliau juga adalah Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau disenaraikan sebagai calon Barisan Nasional untuk Pilihara Raya Kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Kerdau, Pahang.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan lebih 4,000 penyokong BN di Dataran Sri Ketumbit, Temerloh. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan 6 Mac depan sebagai tarikh pengundian, manakala penamaan calon pada 26 Februari ini yang sama dengan pilihanraya kecil Merlimau.

Turut hadir pada majlis pengumuman calon BN itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk G. Palanivel, Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Presiden Parti Progresif Penduduk Datuk M Kayveas serta pemimpin-pemimpin parti komponen BN dan Umno peringkat negeri Pahang.

Kita dengarkan sepatah dua kata dari calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad...

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...