PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, January 20, 2011

TUN MAHATHIR SIFATKAN PAS MUNGKIR JANJI

Tun Mahathir Mohamad menyifatkan PAS tidak berpegang pada janjiuntuk kepentingan politik. Katanya dahulu parti PAS berkata wanita tidak boleh menjadi calon pilihanraya, tetapi baru-baru ini meletakan calon wanita pula di Tenang. " Dahulu mereka kata tak boleh berkawan dengan orang bukan Islam, tetapi sekarang boleh. Jadi tak boleh percaya kepada PAS", katanya.

Beliau menyerahkan kepada pengundi untuk memilih mana-mana parti untuk menerajui DUN berkenaan. "Walaupun kerajaan sudah melakukan yang terbaik demi kesejahteraan rakyatnya, namun kuasa memilih terletak ditangan pengundi. Kadang-kadang mereka merasa terhutang budi juga, kita tunggu lah kalau kerajaan baik, saya ingat mereka akan sokong", tambah Tun Mathathir Mohamad.
 - Petikan SinarHarian

PAS kan memang parti yang dah berubah menjadi sesumpah macam cikgunya, yang telah dilantik ahli-ahli meja sebulat pakatan untuk menjadi ketua mendidik anak didiknya supaya sama sepertinya. Bak kata orang mesti nak kena gadai janji-janji sedikit demi kepentingan politik. Bagaimanapun kita lihat saja prestasi PAS di Tenang, adakah PAS ni relevan untuk digunapakai di DUN tersebut.

BN telah meletakan calon lelaki iaitu anak bekas ADUN Tenang, Allahyarham Ibrahim Daud untuk mencabar PAS. Mohd Azhar yang dilahirkan di Labis dan bergiat aktif dalam beberapa pertubuhan belia tempatan. Lagipun kita tahu je la, walaupun tangan yang mengayun buaian itu mampu menggoncang dunia, akan tetapi yang menghempas pulas mencari rezki dan menjadi peneraju sesebuah keluarga adalah lelaki. Sudah tentu lelaki lebih bertanggungjawab keatas segalanya dan wanita kepentingannya teserlah sebagai pembantu dan tulang belakang pihak lelaki, bukan begitu....???

1 comment:

zizie said...

PAS BERCELARU DAN MENGELIRUKAN..MCM CAKAP KELING PARIA...,,,,,,,,,,,,

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...