PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, January 15, 2011

TERESA KOK(DAP) DISAMAN UTUSAN MALAYSIA


Berikutan dakwaan Ahli Parlimen Seputih, Teresa Kok (DAP),  kononnya akhbar harian Utusan Malaysia telah memutar-belitkan dakwaan beliau berhubung makanan yang dihidangkan kepada Teresa semasa dalam tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 2008. Akhirnya Utusan Malaysia menyaman Teresa Kok atas kenyataan berbaur fitnah yang dilemparkan kepada akhbar harian tersebut dilaman blog dan media sensasinya.

Kenyataan Teresa Kok ni sebenarnya dah dihebahkan melalui media-media tempatan serta blog Teresa ni sendiri. Berdasarkan pernyataan Tuntutan Utusan Melayu Berhad kenyataan yang berunsur fitnah itu dilemparkan terhadap akhbar harian Utusan Malaysia pada 22 September 2008.

Mahkamah tinggi menetapkan 21 Mac untuk perbicaraan kes yang ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar, Nor Azlin Othman dikamar beliau semalam. Utusan Melayu Berhad menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan pada Februari 2009 kerana mendakwa Teresa Kok mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadap akhbar terbitan syarikat itu.

Utusan Malaysia menuntut perintah supaya Teresa Kok mengeluarkan artikel-artikel, perkataan, petikan atau komen yang berunsur fitnah dari laman blog ataupun sesawang tersebut selain akan menuntut gantirugi am, khas, tambahan serta faedah bagi gantirugi yang diberikan selain dari kos serta relif berkaitan.

Teresa Kok dilihat terperangkap dengan kata-katanya sendiri kali ini, artikel dan kenyataan yang dibuat beliau dilihat jelas seperti memutarbelitkan adunan reka ciptanya agar mendapat belas kasihan dan simpati daripada rakyat. Akhirnya perbuatannya memakan dirinya sendiri seperti, ADUN Sri Muda baru-baru ni mengeluarkan artikel melampau, melemparkan kenyataan yang menghina kedaulatan Sultan Selangor dilaman blognya.

Seharusnya mereka-mereka ni lebih beretika dalam mengeluarkan pandangan supaya apa yang disiar boleh menyedarkan rakyat dan memberikan manfaat bukannya memburukan lagi keadaan.

telajak perahu boleh diundur, tetapi telajak kata makan diri oohhh kawan....!!!!!!!!

3 comments:

Anonymous said...

Sesiapa yang pernah mengenali teressa cock sebelum ini tahu sebelum menjadi ahli politik siapa dia sebenarnya dan berapa banyak jantan telah bersama sama dia sebelum ini. Gambar lucah sebelum ini pun adalah hasil hubungan sex bebas teressa cock dengan jantan jantan tersebut.Dia kafir, apa dia peduli dengan dosa atau moral. Mati dah tentu masuk neraka... perangai jalang memang penipu...tarak tipu bukan cina lah..kata moh xi Tong (sampah).

Anonymous said...

Jangan bagi dia peluang, kalau dia pandai saman orang Utusan saman dia betul-betul

Anonymous said...

Kalau geng lawyer cakap kes ini ada "precedent" dia... NST vs Rockybru dan NST vs Jeff Ooi.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...