NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, January 21, 2011
SOLAT HAJAT UNTUK BLOGGER PUAKA
Oleh kerana PAS gentar dan ketakutan di atas kebenaran yang cuba dibongkarkan oleh blogger-blogger yang tak sehaluan dengan mereka, PAS menyeru ahli-ahli dan umatnya untuk terus mengadakan solat hajat bagi terus mengkaburi dan megelirukan sekelian rakyat.
Kalau dulu doa pecah perut untuk Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi sekarang "doa pecah perut terbarai kaki" pula ditujukan kepada blogger-blogger yang tak sependapat dengan PAS kerana cuba membongkarkan kisah silam dan sejarah calon-calon PAS yang dikatakan suci dan bersih daripada melakukan dosa.
Pada 15 Januari lalu, Tarmizi Mohd Jam menyeru semua ahli-ahli PAS dan sekelian rakyat dalam Pakatan Rakyat untuk mengadakan solat hajat bukannya untuk meminta diserlahkan kebenaran kepada rakyat tetapi untuk mendoakan bala kepada para blogger yang kononnya memfitnah mereka dan patut dinyahkan dari alam siber.
Pas sebenarnya tidak boleh mengikut cara ketua umumnya apabila membuat sesuatu tindakan, kenapa tak diselidik, membuat kajian terhadap kononnya fitnah yang dilemparkan, soalsiasat balik individu yang dituduh seumpama Zaid Ibrahim dahulu yang dikatakan kaki arak, apa kata PAS..?
PAS turut menyokong Zaid tanpa usul periksa latar belakangnya dan terus mempertahankannya bukan demi kebenaran tetapi demi Zaid dan parti Pembangkang kerana Pilihanraya Kecil yang diadakan dahulu di Selangor.
Apabila sudah dibuktikan oleh blogger yang ADUN Selinsing terlibat dengan kes Zina, PAS melenting marah kepada blogger dan Facebook mengatakan itu berita fitnah yang ingin menjatuhkan mereka, yang hairan tu si pembongkar maklumat dianiaya sehingga koma masuk hospital dikerjakan pula dan dicari blogger yang membuat pembongkaran, kalau betul semua itu fitnah kenapa kejadian ini semua berlaku.
Apa yang ditakutkan jika anda dipihak yang benar, sebaliknya boleh minta doa yang baik-baik sikit demi kesejahteraan dan keharmonian didalam kerajaan Pakatan Pembangkang. Ini tidak, nak buat doa pecah perut terburai kaki pulak pada para blogger yang tak sependapat dengan PAS ni pula.
Terpesong jauh nampaknya PAS ni, ada juga perasaan dendam didalam diri..? Dalam parti PAS ada benda ni ke..? Dendam kesumat yang dah lama terpendam ke..?
Tarmizi Mohd Jam menyeru semua cawangan PAS, dewan-dewan kawasan menganjurkan solat hajat ini kerana ianya dikatakan lanjutan solat hajat Perdana di Stadium Melawati Shah Alam, agar negara dijauhkan daripada kacau bilau kononnya dan fitnah yang dasyat dari para blogger katanya untuk menjatuhkan dan memburukan parti PAS. Kacau bilau...?
Bukankah Pakatan Pembangkang sendiri yang suka membuat kacau bilau dengan hobi berdemontrasi mereka, kumpul ramai-ramai dan buat kecoh dengan berdemo. Sebenarnya siapa yang sering buat kacau bilau...?
Nak didoakan benda yang buruk-buruk kepada blogger yang tak sehaluan dengannya tetapi bagaimana pula blogger-blogger PAS yang saban hari banyak merepek dan memalukan Ahli-ahli Parlimen dan kerajaan..? Adakah tindakan mereka ni semua harus dibiarkan sebaliknya cuma mengambil tindakan terhadap yang membangkang dan tak setuju dengan PAS..? Tindakan yang tidak adil dibuat oleh PAS...!!!
Kenapa tak doakan kesejahteraan untuk sekelian rakyat Malaysia dan hindari bala dan yang buruk-buruk dari menimpa Malaysia kan lagi baik...!!!!!!??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
15 comments:
Salam semua,
Do'a pecah perut lagi ke! Haiiii,malunya saya terhadap perangai-perangai puak serban ni yang menunjukkan kebiadapan mereka terhadap Allah.
Mereka merasakan Islam itu hak milik mereka. Mereka hijack Islam ini seolah-olah Allah itu milik mereka saje.Mereka merasakan juga bahawa Allah sayang kepada mereka.
Sikit-sikit mereka melakukan solat hajat memohon pertolongan kepada Allah.Kita tidak nafikan perbuatan solat hajat ini baik tetapi perbuatan bersolat hajat mempamerkan mereka pada pihak yang benar,itulah sesuatu yang mengaibkan bagi menutup kelemahan mereka.
Benar-benar mereka ini memalukan Islam.Sudahlah menjadi punca pemecah-belah kesatuan umat Islam;mengguna-pakai amalan Demokrasi yang sama sekali bertentangan dengan amalan syariat Islam,jugak menggunakan agama sebagai topeng dan alat politik sempit mereka.
Mengikut kajian saya,mereka ini adalah juru dahwah yang menyeru kepada pintu-pintu Jahanam.
Pengamal Syariat Islam Dan Penyembah Demokrasi
hmmm.. buat solat hajat pun masalah ke?
Solat hajat ni bukan semestinya rasa diri tu betul..
Juga untuk Allah tunjukkan kebenaran..
Apa kata bloggers UMNO pun buat solat hajat?
Lagi baik minta Parpukari jadi imam..
Lagi baik buat jam 3 pagi..
Time qiamullail..
tapi kena la tidur dulu walaupun seketika..
err... ke camane?
siap buat solat hajat utk blogger tu.....tapi kt HARAKAH diaorg boleh tulis ape ajer diorng suka!!!
Salam semua,
Buatlah solat hajat agar Allah tunjukkan siapakah yang benar;UMNO ke atau PAS yang benar.
Bagi masalah perkara yang ditohmahkan kepada PAS seperti Kes ADUN berzina,mintalah kepada Allah tunjukkan perkara yang sebenar.
Buat apalah bersolat hajat untuk menjahamkan para blogger! Bukankah mereka ini tolong dedahkan saje? Bukan tak boleh siasat perkara yang sebenar! Nak jugak sabitkan kepada Allah,macamlah bodoh sangat tak reti nak siasat.
Haiii,malunya sayaaaa......!
http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2010/11/pengamal-syariat-islam-dan-penyembah.html
hehe...berani kerana benar...!!!
Dapat senaman jer lah. Niat tu aja dah merosakkan solat hajat tu.
asal solat hajat jek, mesti doakan kemusnahan..
ianya patut bersifat umum, mintak tunjkkan kebenaran ini spesifik terus tuju satu pihak shj yg salah.. kerana apa? mungkin takut dngn bayang2 sendiri.. atau dah benak taksub dngn lesen islam nik ajes..
Niat dah tak betulll...jadi le senam robik...apa tak ajak instructor YB DAPig tu join sekali? bleh tengok punggong tonggek dia....
niat tak betol ...tonggang tonggek je la sembahyang...
melainkan buat solat hajat tunjuk kebenaran untuk semua blogger.....samada pro kerajaan atau tak...
RASANYA ELOK PAS BUAT SOLAT HAJAT MINTA DITUNJUKKAN KEBENARAN SI ANWAR BERAHIM...DAN BUAT SOLAT HAJAT BENARKAH KEPUTUSAN MEREKA DUDUK DALAM PR...NI BUAT SOLAT HAJAT UNTUK KEBURUKAN ORANG LAIN..TAPI KEBURUKAN SENDIRI TAK MAHU TAU...ORANG PAS NI BERCAKAP MACAM ULAMAK..HATI MACAM PUKIMAK...
salam,
ada minta derma jihad tak?
TQ
Kalu dah sembahayang bercampur aduk dengan Munafik...mana allah nak terima. Orang buat solat hajat sorang-sorang...di malam sepi dan hening...ni buat tempat haruk pikuk...nak ambil uduk pun kemam kabut...mana khusyuk..dan sementelah lagi ada antaranya munafik..allah akan balingkan semula sembahayang tu ke muka mereka semula. Sembahayang tak boleh ego...dendam kesumat...kecuali hanya mencarai keredohan allah...mana ostad PAS...ingat...jangan lepas tangan...neraka bukan kira serban siapa lebih besar, jubah siapa lebih mahal...atau tudung siapa lebih labuh..
dari sokong pas baik sokong aku. aku jamin masuk surga belaka.
Allah tinggalkan umatnya AlQuran dan Sunnah. Barangsiapa hendak selamat dunia & akhirat berpeganglah kpd keduanya. Dunia ini Allah jadikan untuk manusia tapi manusia Allah jadikan untuk akhirat. Pikir2kan lah.Kembalilah kita kepada penciptanya.Wasalam
Allah telah paparkan kisah2 seperti ini dalam kitab Taurat,Injil,Zabur apatah lagi dalam AlQuran.Firman Allah Surah AlBaqarah ayat 146: Orang2 Yahudi & Nasrani tlh kami berikan kitab mengenal Muhamad spt mereka mengenal anak2 sendiri tapi menyembunyikan kebenaran padahal mereka mengetahui. Ingat... Balasan Allah amat pedih.Wasalam
Post a Comment