PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, January 9, 2011

BLOGGER DIBELASAH JEMAAH MASJID


Seorang blogger yang pernah didakwa menghina institusi Kesultanan Johor mengalami saat-saat cemas apabila dikepung dan dibelasah sekumpulan jemaah. Khairul Nizam Abdul Ghani yang menggelarkan dirinya sebagai Aduka Taruna mengunjungi masjid berkenaan bagi "menerjah" Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk diwawancara.

Aduka Taruna telah membuat laporan polis berhubung kejadian selepas selesai solat Jumaat. Dikhabarkan selepas solat Aduka Taruna terus mendekati Abdul Hadi Awang dan memaklumkan hasratnya untuk menemuramah selama beberapa minit. Namun Hadi Awang menolaknya dengan mengatakan yang beliau tiada masa dan perlu menghadiri sesustu majlis, Aduka Taruna dikatakan cuba memujuk Abdul Hadi sehingga keluar masjid dan mengeluarkan telefon bimbit untuk ditemuramah. Malangnya suasana menjadi tegang apabila beberapa lelaki mula menghalang Aduka selain memukul serta mengetuk kepalanya.

Aduka Taruna mendakwa dipukul dan diketuk kepalanya serta telefon bimbitnya dirampas selain menerima ugutan akan dicederakan. Aduka hanya mengalami cedera ringan dan telah membuat laporan di Balai Polis Marang dan kesnya disiasat dibawah seksyen 147 kerana rusuhan dan sengaja mendatangkan kecederaan kata Asisten Komisioner K.Manoharan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri.

6 comments:

Yuseri Yusoff said...

kEHKEHKEH.. KENO PUKUL DALE MASJID. GANAH MOLEK PUAK PENYOKONG PAS LONI.

PADEY MUKO ADUKA. kAHKAHKAHKAH

Unknown said...

Aduka Taruna ni tahu pulak cari PDRM yang mana diketuai oleh baginda Sultan Duli Yang Maha Mulia. Dulu bukan main lagi dok maki hamun Sultan-sultan Melayu.

blogenstarz said...

Inilah balasanya jika menghina SULTAN JOHOR .
Kedaulatan Sultan dan Raja2 melayu jangan dipersendakan......

Itu satu Peringatan !

usin said...

padan muka. kena blasah sikit je nk mengadu kt polis. tanggungla sendiri. hoi tolol, dulu ko bersungguh2 hina institusi raja, yg ko buat aduan pad pdrm tu pehal? pdrm tu polis diraja malaysia, tak reti2 ke? terhegeh2 ko sibongok bedebah. nasib baik kena sikit, kalu ko kena blasah sampai keluar taikpun aku tengok je. malas nk sentuh, najis!!!

Anonymous said...

aku anak johor,sultan johor sekarang memang sporting ,semasa menjadi TM dulu baginda mudah didekati boleh berbual dengan siapa saja,seorang yang humor .aduka kalau ko anak jantan ko jumpa baginda baru ko tau hati budi baginda jangan asik nak menuduh yang bukan bukan ,kalau aku ada kat masjidtu aku pijak kaulah.

praha2 said...

nile. bilo oran nak temuramah juel mahal konon. dah tu suroh lah penyokong bolasah oran. ni yang di katokan oran berkebajikan? mano ado lah.
baik ajis,hadi,husam,mahfuz (mahfiz), mat serabu samo jo. nak ado klas.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...