PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, December 7, 2010

ANWAR GAGAL LAGI


Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini gagal dalam percubaan kali keduanya agar seorang hakim Mahkamah Tinggi di sini menarik diri daripada terus mendengar perbicaraan kes liwat yang dihadapinya ke atas bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Ini berikutan keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang menolak permohonan Ketua Pembangkang itu dengan alasan berdasarkan transkrip mahkamah, tidak terdapat bahaya berat sebelah pada pihaknya sehingga menyebabkan beliau perlu menarik diri.

Dalam penghakiman ringkasnya, beliau turut membacakan satu persatu kata-kata yang dituturkan antara peguam Anwar, Karpal Singh dan beliau serta Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden mengikut catatan dalam nota prosiding mahkamah pada 23 November lalu.

"Itu apa yang terjadi pada 23 November lalu dan pada hemat saya, seseorang berfikiran waras yang membaca kata-kata tersebut dalam konteks yang betul, tidak akan mempunyai tanggapan bahawa wujudnya bahaya berat sebelah ketara, hanya kerana terdapat berbalas-balas kata-kata sedemikian antara seorang peguam dan hakim bicara."Dengan itu, permohonan ini ditolak," tegas beliau.

Dengan keputusan itu, Hakim Mohamad Zabidin menetapkan 21 Januari depan untuk sebutan kes liwat berkenaan selepas membenarkan permohonan Anwar menggantung prosiding sementara menunggu rayuan.
Peguam utama Anwar, Karpal Singh sebelum itu memohon penggantungan prosiding tersebut kerana beliau menerima arahan daripada anak guamnya supaya mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu.Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Hanafiah Zakaria yang mengendalikan pendakwaan tidak membantah permohonan tersebut.

Anwar memfailkan permohonan pada 24 November lalu supaya Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu setelah mendakwa hakim tersebut tidak mematuhi prinsip keputusan Mahkamah Agung pada 1993 semasa menolak permohonannya supaya dibekalkan dengan nota klinikal tiga doktor yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari.

Dalam afidavit bagi menyokong permohonan itu, Anwar melahirkan kebimbangan tidak akan mendapat perbicaraan yang adil kerana mendakwa terdapat bahaya berat sebelah yang ketara apabila hakim tersebut mengeluarkan kenyataan yang dikatakan berbaur ugutan terhadap Karpal.
Ini kali kedua Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengemukakan permohonan agar Hakim Mohamad Zabidin menarik diri daripada mendengar kes itu.

Kali pertama, permohonan seumpama itu dibuat pada 8 Februari lalu atas dakwaan hakim tersebut bertindak berat sebelah apabila enggan melayan permohonannya mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung dua artikel disiarkan akhbar berkenaan.Bagaimanapun, 10 hari kemudian, Hakim Mohamad Zabidin memutuskan menolak permohonan itu setelah mendapati tiada sebab untuk beliau menarik diri daripada mendengar kes tersebut.

Rayuan terhadap keputusan itu sepatutnya didengar di Mahkamah Rayuan pada 19 Mac lalu tetapi tiga hari sebelumnya, Anwar menarik balik rayuannya dengan alasan untuk menyegerakan perbicaraan kes.
Perbicaraan kes itu kini di peringkat soal balas saksi pendakwa ketiga, pakar patologi forensik dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheue Feng.Sejak perbicaraan dimulakan pada 3 Februari lalu, hanya dua saksi pendakwa telah selesai memberi keterangan iaitu Mohd. Saiful Bukhari sebagai pengadu dan pakar bedah am HKL, Dr. Mohd. Razali Ibrahim.

Seorang lagi saksi, iaitu pakar perubatan unit kecemasan, Dr. Khairul Nizam Hassan yang telah selesai pemeriksaan utama pihak pendakwaan, masih belum disoal balas oleh pasukan pembelaan.
Anwar, 63, dibicarakan atas tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Beliau yang diikat jamin RM20,000 didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Turut hadir di mahkamah hari ini buat pertama kali ialah anak lelaki tunggal Anwar, Mohd. Ihsan yang baru balik dari New York bersama isterinya

No comments:

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...