NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Monday, December 6, 2010
KERAJAAN NEGERI SELANGOR MUNGKIR JANJI - KETUA POLIS KL
Ketua polis Kuala Lumpur,Datuk Pahlawan Zulkifli berkata ,beliau kesal dengan kejadian yang berlaku kerana Kerajaan Negeri Selangor mungkir janji.Menurutnya,Polis telah bekerjasama dengan membenarkan Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim dan 10 wakil Exco untuk menyerahkan memorandum membantah kenaikan harga air,malah turut mengiringi mereka ke Istana bagi memudahkan proses.
"Kami bantu kerana mereka berjanji akan bersurai sebaik memorandum diserahkan.Bagaimanapun,kumpulan penyokong enggan mematuhi peraturan Polis dan menimbulkan kekecohan, termasuk bertindak ganas membaling batu kearah Polis,"katanya.
Zulkifli berkata,Polis tiada pilihan dan terpaksa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air bagi menyuraikan mereka.Katanya,walaupun tindakan itu dibuat, rata-rata penyokong masih berdegil dan berkumpul dikawasan Masjid Negara sehingga jam 4:30 petang.
"Saya melihat sikap penyokong ini sebagai tidak wajar kerana kekecohan yang ditimbulkan mengganggu ketenteraman awam dan merosakkan harta,"katanya.
Disamping itu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ( Suhakam ) akan menghantar laporan berhubung kekecohan perhimpunan Kerajaan Negeri Selangor di Masjid Negara kepada Parlimen dalam masa terdekat.
Pesuruhjaya Suhakam,Muhammad Shaani Abdullah berkata,pihaknya terlibat sebagai pemantau dalam Demontrasi itu untuk mengkaji dan melihat setiap kejadian yang berlaku."Kami bertindak mencatat setiap kejadian kerana ia melibatkan hak asasi manusia.
"Ini adalah Demontrasi yang melibatkan orang ramai dimana setiap pihak perlu lebih terbuka dalam menangani kekecohan yang berlaku,"katanya. Menurutnya,pihak berkuasa sepatutnya menangani kekecohan dengan sewajarnya supaya rakyat dapat berhimpun secara aman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai ...
-
Jika kita dengarkan pengakuan 11 doktor yang cuba bersekongkol dengan kumpulan perhimpunan haram jadah bersih, mereka mengatakan pihak pol...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Ini semua adalah rekaan dan perangkap sama sekali untuk menjatuhkan kepimpinan Najib yang sedang mencipta nama sebagai Perdana Menteri. ...



No comments:
Post a Comment