NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, October 18, 2013
RASUAH RM25,000 DENDA RM125,000...!!!
Memang wajar sangatlah perasuah didenda sehingga 5 kali ganda suapan yang cuba dihidangkan. Sepatutnya dipenjarakan lebih lama agar perasuah serik akan perbuatannya.
Diharap Jabatan2 kerajaan buanglah sikap tamak haloba demi menegakkan undang2 yang telah diperaktikan. Janganlah kegiatan ini menjadi barah jika dibiarkan ia terus berleluasa.
JOHOR BAHRU 17 Okt. - Seorang pemilik kilang pembungkusan dihukum penjara sehari dan denda RM125,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana memberi rasuah RM25,000 kepada seorang pegawai Tenaga Nasional Bhd. (TNB), pertengahan tahun ini.
Ho Hann Sing, 34, dijatuhi hukuman tersebut setelah mengaku bersalah memberikan suapan kepada Jurutera Kanan TNB, Arizal Ashari sebagai dorongan tidak dikenakan tindakan kerana mencuri bekalan elektrik.
Jika gagal membayar denda, Hakim Mohamad Haldar Abdul Aziz memerintahkan tempoh pemenjaraan tertuduh ditambah lagi enam bulan.
Mengikut kertas pertuduhan, Hann Sing didakwa memberikan sogokan itu kepada Arizal sebagai dorongan tidak mengambil tindakan ke atas Chin Tat Packaging & Trading di Lot 259-260, Batu 15 Jalan Gelang Patah, dekat sini kerana disyaki mencuri bekalan elektrik.
Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut di Restoran Khaja 7, Nombor 35, Jalan 1, Lima Kedai, Gelang Patah pada pukul 6.55 petang, 6 Jun lalu.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000.
Berdasarkan fakta kes, Arizal bersama tiga pegawai TNB menjalankan operasi pada pukul 3.30 petang hari kejadian di premis tersebut dan hasil pemeriksaan mendapati berlaku kecurian elektrik di kilang itu.
Tertuduh kemudian didakwa menawarkan RM20,000 kepada Arizal agar tidak dikenakan sebarang tindakan namun tidak diendahkan sebelum Hann Sing kemudian menambah nilai sogokan kepada RM25,000.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noorfazlin Hamdan manakala tertuduh diwakili peguam bela, Norain Tupari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
1 comment:
Kilang tu. Bayangkan dah berapa juta ringgit nilai letrik yang dia curi.
Post a Comment