PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, September 17, 2013

PATUTKAH CHIN PENG DIMAAFKAN KERANA BUNUH MELAYU..??




Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling maksimum. Mana boleh ketua Parti Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng digelar pejuang kemerdekaan?

Saya kenali Chin Peng menerusi namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng dan PKM kepada saya.

Dari cerita-cerita mereka, saya insaf bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula. Kata Ibu saya, di kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945.

Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang. Di kampung saya ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh pengganas PKM.

Di kampung saya ada orang yang di sula dan digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri. Di suatu kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam kawah gergasi.

Mereka mati bagaikan katak. Di satu lagi kampung pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang.

Di situ juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh gerombolan pengganas yang sama. Berikutan seluruh peristiwa di atas, bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai Salleh.

Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan kezaliman PKM. Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang.

Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Saya belum pernah berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman.

Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam. Oleh itu, tanpa apologi kepada sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng.



Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim.

Pastinya orang Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah keluarga masing-masing. Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk dan kisahnya.

Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat arif akan kezaliman PKM.

Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.





Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara.

Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan negara.

Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya.

Sunday, December 21, 2008 NYAWA DAN DARAH MELAYU MEMBUKTIKAN CHIN PENG BUKAN PEJUANG KEMERDEKAAN Ruhanie Ahmad

4 comments:

Anonymous said...

Diharap lebih ramai generasi lama mendedahkan kisah kisah kekejaman komunis dahulu kerana ramai anak anak muda kini hilang arah kerana tidak mengetahui sejarah sebenar kekejaman komunis. Lebih malang ada anak anak melayu bahlol menjadikan pengganas komunis ikon mereka.

The Seven Thing said...

kita merdeka tahun 1957..betol? jd kerajaan yg wujud sebelum tarikh itu adalah kerajaan british.....aku x nafikan kekejaman PKMM, DAN AKU JUGA TIDAK AKAN LUPAKAN KEKEJAMAN JEPUN, DAN BRITISH....mereka lebih jahat dr komunis, soalan aku, knp malaysia maafkan british dan jepun hingga kini guna sistem british? siapakah yg lebih zalim? jepun british atau PKMM?...tlg faham sejarah sebelum komen....chin peng mmg lakukan kekejaman pd rakyat yg menolaknya. tp apa kurang british dn jepun? aku sengaja ulang sbb aku nk korang fikir dan mula kenali sejarah...peristiwa bukit kepong, lefternan adnan berlaku sebelum kejaan malaysia ditubuhkan, ia berlaku sebelum merdeka, sebelum merdeka bermaksd kerajaan british..pkmm menentang british yg org2 yg berkeja utk british, termasuk org melayu yg dikejami....aku juga tidak akan pejam mata pd kekejaman pkmm ni,.....tp kena igt rashid maidin semasa lari ke thailand dia mengajar ilmu agama dan mengajar tulisan jawi, tulisan jawi tu tulisan melayu, siapa yg martabatkan melayu di sini?....menghalau bristish adalah tugas ramai org, knp taik british yg ada skg lebih menanamkan kebencian kpd org yg menentang british malah menngangkat tinggi british pd tahap tertinggi hari ni?...cuba brehem ali ulas isu ini sedikit sebg pencerahan...bukan hya terpekk terlolong mcm kodok panggi; hujan, hya sbb dia tkt ular yg bakal memakannya..bkn sbb panggil hujan utk mengakhiri kemarau negara

Anonymous said...

Memang bangang dan bahalol juga komentar diatas ni, jika marah nyamuk kenapa kelambu yang kau bakar? Maksudnya kenapa marahkan british dan jepun tetapi orang melayu yang dibunuh dengan kejam? Mahukah si haram jadah chin peng lakhanat tu nak berikan kemerdekaan dan memberikan keistimewaan kepada orang Melayu?

Anonymous said...

Anon 10.37 am. Aku bukan nak agung2kan oenjajah. Antara British, Jepun dan PKM, komunis saja yg membuat serangan dan tindakbalas terbuka pada orang Melayu. Walaupun Malaya merdeka dari British, PKM tetap buat penentangan bersenjata pada kerajaan.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...