PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, September 3, 2013

KENAPA SUBSIDI HARGA PETROL DITURUNKAN 20 SEN..??



Sebenarnya Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.14 (SGD2.12) seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.28 (BND0.53) seliter bagi RON 97.

Kenapa harga petrol Malaysia tak semurah Brunei pula..?? Disebabkan gabungan faktor kekayaan dan saiz populasi yang kecil jika dibandingkan Brunei dengan Malaysia.

Brunei mampu memberikan subsidi lebih untuk harga petrol. Selain itu, hampir kesemua kekayaan Brunei diperolehi daripada hasil pengeluaran minyak. Brunei ialah negara ke-6 terkaya di dunia, dan memiliki populasi yang lebih kecil daripada populasi bandar Seremban, iaitu hanya 407,000 orang.

Malaysia pula berada di tangga ke-60 dan memiliki populasi seramai 27.57 juta orang.

Mengapa Harga Petrol di Malaysia ‘Tidak Murah’ sedangkan Malaysia Ialah Negara Pengeluar Minyak.??

Jawapannya adalah kerana Malaysia bukanlah negara pengeluar minyak yang utama. Malaysia tidakpun layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana ia lebih banyak mengimport minyak daripada mengeksportnya.

Atas sebab yang sama juga, Indonesia terpaksa menarik diri daripada OPEC pada tahun 2008. Banyak pihak gagal atau sengaja tidak membuat perbandingan yang menyeluruh, apabila hanya membandingkan harga petrol di Malaysia dengan negara pengeluar minyak lain, tanpa membandingkan jumlah pengeluaran minyaknya.

Sebagai contoh tindakan membandingkan harga petrol di Arab Saudi, negara anggota OPEC yang mengeluarkan 10.25 juta tong minyak sehari, dengan harga petrol di Malaysia, negara bukan anggota OPEC yang hanya mengeluarkan 703,920 tong sehari, sudah tentulah tidak wajar.

Berdasarkan maklumat EIA (U.S. Energy Information Administration – Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat), Malaysia sekadar menduduki tempat ke-26 dalam senarai pengeluar minyak dunia.

Jumlah subsidi minyak Malaysia ialah yang tertinggi antara mana-mana negara Asia Tenggara, iaitu sebanyak 2.4% daripada KDNK. Brunei, negara Asia Tenggara yang memiliki harga petrol terendahpun hanya membelanjakan 2.2% sahaja daripada KDNK untuk subsidi minyak. Adalah perlu diingatkan bahawa KDNK Brunei (RM36.88 bilion) ialah kecil berbanding Malaysia (RM682.66 bilion).

Menurut IMF, subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin. Berdasarkan kertas kerja yang diterbitkan pada 2007, untuk setiap 1 unit sumber (unit of resources) yang digunakan oleh golongan miskin, 3 hingga 5 atau lebih unit digunakan oleh golongan lebih kaya.

Kertas kerja berkenaan juga mencadangkan agar subsidi minyak dihapuskan, dan perbelanjaan untuk subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai. Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia.

Menurut Financial Times, subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong.

Adakah petrol di Malaysia sangat mahal, jawapannya adalah tidak kerana secara perbandingan, harga petrol di Malaysia adalah kedua termurah di antara 7 buah negara-negara jirannya di Asia Tenggara.

Lihat carta dibawah ini...


9 comments:

Unknown said...

terima kasih dengan info yang detail ini.....

Anonymous said...

Kalau nak minyak murah pergi migrate ke Venezuela, Arab Saudi tak pun gi Brunei.

Anonymous said...

Bagus info tu. Klu boleh kerajaan harus cari jalan penyelesaian utk jangka masa panjang. Contohnya setiap rakyat yang layak hanya dapat 100 liter sebulan minyak subsidi. Klu guna lebih kena harga semasa. Tu pun utk kenderaan 2000cc ke bawah je.

Anonymous said...

bosann compare dengan negara lain.

kalo minyak naik RM10 seliter pun korang akan ikot ,cium bontot najibbb tanpa bantahan. asal malaysia masih aman

Anonymous said...

Cium bontot Anwar dapat harga air naik 2 kali ganda..ok jer.?

Anonymous said...

Menurut IMF, subsidi minyak lebih banyak menguntungkan golongan kaya berbanding golongan miskin.

Kenapa harga RON97 tak naik sekali ?
Kenapa Rakyat Miskin dibebankan ?
Kenapa org kaya tak kena ?

FIKIR-FIKIRKAN LAH.

Anonymous said...

Harga terkini minyak RON95 RM2.10 seliter kerajaan menanggung RM0.63 subsidi setiap liter.

Harga minyak yang bermutu tinggi pula RM2.70 seliter, tiada subsidi kerajaan.

Dengan kata lain Harga RON97, RM2.70
Harga RON95 RM2.10 + (Subsidi RM0.63) = RM2.73

Kenapa harga minyak RON95 lebih mahal berbanding minyak bermutu tinggi RON97?

Kenapa tak diberi sahaja subsidi RM0.60 kepada minyak bermutu tinggi RON97 supaya harganya RM2.10 seliter?

Bukankah kerajaan boleh jimat RM0.03 setiap liter?

RON95 lebih mahal berbanding RON97, kegilaan apakah ini?

Fikirlah jika kamu ada otak!

Anonymous said...

Ron97 naik juga la, dongeng apa ni.? Lebih bodoh dari Macai la mangkukayun ni! Taraf SAKAI..

Anonymous said...

ni kerajaan nak cari untung aja...

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...