PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, September 16, 2013

HADIAH ISTIMEWA PM 16 SEPTEMBER BUAT RAKYAT..!!!




 Inilah hadiah yang bakal rakyat Melayu dapat jika PM(Pembohong Manusia) 16 September bakal bertakhta di Malaysia ni. Paling Istimewa buat sekelian yang bernama Melayu.

Kelebihan manusia yang bakal jadi PM ni bakal juga menghapuskan keistimewaan bangsanya sendiri. Itulah kehebatan manusia seribu satu ragam ni menghadkan kuasa dan hak yang ada pada orang Melayu.

Status bumiputra pula cuba dibuat main2 oleh suku sakat rangkaian haram PR, sudah pasti ada helah kemahuan pihak mereka mempersendakan agenda ini.

Patutkah perkara ini terus dipertikaikan puak2 PR ni..?? Tidakkah mereka sedar maksud BUMIPUTRA sebenarnya. ???

Kita rungkaikan perkara yang berkaitan dengan Bumiputra....

Bumiputera (Jawi: بوميڤوترا) atau peribumi ialah penduduk asal sesuatu tempat, contohnya seperti di Tanah Melayu.

Golongan yang dikira sebagai bumiputera menurut undang-undang adalah semua suku kaum Orang Asli, Melayu (menurut tarifan Perlembagaan Malaysia), peribumi Sabah, dan peribumi Sarawak.

Dasar pro-bumiputra tertentu wujud sebagai suatu alat aksi afirmatif untuk bumiputera. Dasar sebegini termasuk kuota untuk yang berikut: kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Am (IPTA), kelayakan untuk biasiswa Kerajaan, jawatan dalam kerajaan dan pemilikan perniagaan.

Kebanyakan dasar ini dibentuk dalam Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP). Banyaknya memberi tumpuan pada menerbitkan pemilikan saham bumiputera dalam korporat sekurang-kurangya 30 peratus.

Matlamat ini asalnya dicadangkan oleh Ismail Abdul Rahman, setelah kerajaan tidak dapat mencapai persetujuan atas satu matlamat dasar yang sesuai. 

Contoh-contoh dasar pro-bumiputera: Syarikat disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur mesti mencari Bumiputera untuk memenuhi sekurang-kurangnya 30% saham sebagai salah satu syarat untuk disenaraikan.

Peratusan tertentu kawasan perumahan hendaklah dijual kepada Bumiputera. Pembangun rumah perlu memberikan sekurang-kurangnya 7% potongan kepada pembeli Bumiputera.

Dana bersama (mutual fund) Kerajaan tertentu hanya terhad pembeliannya kepada Bumiputera sahaja. Banyak projek perlu tender kerajaan memerlukan syarikat yang menghantar tender dimiliki Bumiputera.

Syarat ini mengakibatkan syarikat bukan Bumiputera bekerjasama dengan syarikat Bumiputera yang mendapat projek Kerajaan.

Projek-projek terhad kepada Melayu bagi mereka menimba pengalaman di berbagai-bagai bidang.

AP kereta diberi khasnya kepada Bumiputera untuk mengimport kereta. Syarikat pengedar kereta yang berhajat membawa masuk kereta perlu mendapat AP (permit).

AP asalnya diwujudkan untuk membenarkan Bumiputera mengambil bahagian dalam industri kereta. Pada 2004, the Edge (suatu akhbar perniagaan Malaysia) menjangka bahawa setiap keping AP bernilai lebih kurang RM35,000.

The Edge juga menjangka bahawa Nasimuddin Amin, pengerusi Naza Group menerima 6,387 keping pada 2003, menjadikannya penerima AP terbesar. 12,234 keping AP diisu pada 2003.

Tambahan pula, pembuat kereta asing diwajibkan membayar antara 140% dan 300% duti import. Ekoran dasar-dasar ini, banyak jutawan Bumiputera lahir dengan senangnya daripada hubungan mereka.

Ini adalah serba sedikit keistimewaan BUMIPUTRA yang cuba dihapuskan puak2 PR pakatan haram. Jika terlaksana maka hilanglah hak diperuntukkan pada orang Melayu dimasa akan datang.


No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...