NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, June 9, 2013
ANWAR IBRAHIM MENTERI KEWANGAN TERBAIK DUNIA..!!!?
BANK NEGARA RUGI 1993 Ketika memegang jawatan Menteri Kewangan selama 8 tahun, bermula dari tahun 1990 hingga 1998, Anwar pernah dikritik di Dewan Rakyat pada tahun 1993 kerana kegagalan menangani kerugian Bank Negara yang mencecah bilion ringgit.
Lim Kit Siang, Ketua pembangkang di Dewan Rakyat pada itu mendesak Anwar selaku Menteri Kewangan bertanggungjawab sepenunya di atas kerugian tersebut.
"Jika seseorang itu memenangi loteri yang menawarkan hadiah RM2 juta sehari, untuk mendapat wang sebanyak RM16 bilion, dia perlu menang loteri tersebut setiap hari selama 8,000 hari berturut-turut ataupun selama 22 tahun!" kata Kit Siang ketika berceramah di Kuching, pada 29 Mei 1993.
Ahmad Shabery Chik bekas pensyarah ekonomi Universiti Malaya yang ketika itu Setiausaha Politik Tengku Razaleigh Hamzah turut menyalahkan ketidakcekapan Anwar sebagai Menteri Kewangan sebagai punca kerugian Bank Negara tersebut.
"Anwar mesti mengakui punca terbesar kerugian adalah akibat permainan spekulasi mata wang asing yang gagal. Jelas, kerugian ini bukanlah atas kertas sahaja tetapi kerugian nyata yang ditanggung oleh rakyat jelata.
"Umat Islam terperanjat bagaimana Menteri Kewangan yang banyak bercakap tentang Islam boleh merestui permainan spekulasi seperti ini. Sedangkan secara jelas ia memperjudikan wang rakyat sebegitu banyak. Bahkan kami hairan kenapa beliau boleh merestui pendekatan Bank Negara yang amat merbahaya ini dan tidak mahu berterus-terang apabila ia menemui kegagalan,"katanya.
Lim Kit Siang di Parlimen, Selasa, 27 April 1993 yang menyebut, "Selaku Menteri Kewangan, Anwar Ibrahim mesti menerima tanggungjawab persendirian sepenuhnya kerana kerugian pertukaran asing Bank Negara ini.
Rakyat berhak mengetahui sebab dan saiz berbagai kerugian pertukaran asing yang dialami oleh Bank Negara, berkenaan jumlah kerugian yang disebabkan oleh pembendungan inflasi dalam menyerap liquiditi, penilaian semula pegangan mata wang asing dan kenaikan nilai ringgit dan kerugian hasil daripada perniagaan dan spekulasi mata wang asing."
KRISIS EKONOMI 1997
Sebagai Menteri Kewangan Anwar juga gagal menangani krisis ekonomi pada tahun 1997. Dalam menangani krisis itu, Anwar lebih cenderung menggunakan resipi Tabung Kewangan Antarabangsa, IMF, yang di belakangnya ketika itu dibayangi oleh penyangak matawang Yahudi, George Soros.
Dr Mahathir menceritakan pengalamannya menangani krisis ekonomi 1997 dalam bukunya, "Doktor Umum-Memori Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Pada September 1997, saya dijemput berucap pada mesyuarat tahunan Bank Dunia dan IMF di Hong Kong. Saya mengambil kesempatan membelasah peniaga mata wang dengan menuduh mereka telah memiskinkan lagi negara-negara yang sedia miskin di dunia.
"Saya menyebut nama Soros sebagai salah seorang peniaga yang memanipulasi mata wang negara-negara Asia Tenggara dan menggangu gugat pembangunan mereka.
"Hari berikutnya, Anwar berucap pada mesyuarat yang sama. Ketika itu, saya sudah berlepas ke Sabah dan beliau menelefon saya. Nada suaranya seperti orang marah. Beliau memberitahu saya bahawa ucapan saya menyebabkan nilai ringgit bertambah susut, cuma beliau tidak memberitahu saya agar jangan bercakap lagi. Namun, saya terus mengkritik IMF dan peniaga mata wang," kata Dr Mahathir.
Menurut Dr Mahathir lagi, Anwar sebagai Menteri Kewangan juga rapat dengan Pengarah Urusan IMF, Michel Camdessus.
"Saya pernah bertemu dengan Camdessus sebelum itu dan beliau nampaknya seorang yang baik. Anwar yang ketika itu adalah Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lebih kerap berjumpa beliau.
"Saya meminta Anwar merayu kepada Camdessus supaya berusaha menghentikan dagangan mata wang. Saya berkata, kegiatan itu tidak perlu dan merosakkan ekonomi negara membangun. Saya tidak tahu sama ada Anwar menyatakan atau tidak hal itu kepada Camdessus, tetapi tidak ada usaha diambil bagi menghentikan kegiatan tersebut,"katanya.
Wikipedia Anwar Ibrahim menyebut, "Semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997, Anwar sebagai Menteri Kewangan, menyokong Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) rancangan untuk pemulihan…Walaupun banyak syarikat Malaysia menghadapi kebankrapan, Anwar menyatakan: Kerajaan tidak akan campur tangan dalam menyelamatkan mana-mana bank untuk melindungi diri mereka dan Anwar menyokong pendekatan pasaran bebas (free-market approach), termasuk pelaburan asing dan liberalisasi perdagangan".
Kenyataan di atas itu sama dengan kenyataan Dr Mahathir dalam buku memorinya itu.
"Anwar berpendapat yang ubat IMF adalah baik untuk kita dan akan membantu kita pulih daripada penyakit antarabangsa walaupun kita sebenarnya belum lagi jatuh sakit. Jadi, beliau menaikkan kadar faedah dan memotong perbelanjaan kerajaan.
"Saya memberi amaran kepada Anwar yang tindakannya itu mungkin menyebabkan kerajaan kehilangan hasil yang diperlukan bagi membayar gaji kakitangan awam.
"Beliau juga cuba memendekkan tempoh ingkar pembayaran balik hutang daripada enam bulan kepada tiga sebelum mengisytiharkannya sebagai hutang lapuk. Ini sekaligus menaikkan nisbah hutang lapuk bank dan menyebabkan ramai peminjam muflis. Perniagaan merosot. Penyakit yang kita cuba elakkan, muncul.
"Ubat IMF gagal menghalang penyakit itu, sebaliknya menjadi punca penyakit. Dalam pada itu pun, Anwar tetap meneruskan dasar pro-IMF beliau.
"Ekonomi kita jelas menuju ke arah kemelesetan. Banyak syarikat muflis manakala yang lain gagal melangsaikan hutang bank, lebih-lebih lagi selepas Anwar memendekkan tempoh ingkar bayar hutang daripada enam bulan kepada tiga dan menaikkan kadar faedah kepada 12 peratus,"katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Kepada PAS ganti UMNO,tidak semestinya PAS parti relevan menggantikan UMNO. Jika kenyataan dikeluarkan 10 tahun lepas, kemungkinan besar ...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
Inilah kebolehan istimewa yang ada pada PAS, iaitu mati hidup semula. Kehebatan ini sememangnya tiada dalam UMNO BN, kerana PAS mempunyai...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
3 comments:
NUAR2 BUDAK BARU NAK NAIK BOLE LA HANG NAK TIPU. NUAR NI DARI MUDA SAMPAI KE TUA NAK TIPU ORG JE KEJENYA. TAPI YG DITIPUNYA SEMUA DARI GOLONGAN BODOH BELAKA JADI TAK HAIRANLA.
Wonderful beat ! I wish to apprentice even as you amend your site, how can i subscribe for a
blog website? The account aided me a acceptable deal.
I have been a little bit familiar of this your broadcast provided bright transparent concept
My web-site - sexy video
Budak2 yg lahir selepas 1995 (geng ABATA99) mmg tak tau fakta ni. :)
Post a Comment