PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, June 24, 2013

PERHIMPUNAN BLACKOUT 622 PULAUKAN AZMIN ALI..??



Menerusi laman mikro Twitter milik Azmin Ali menulis, "saya dan YB Khalid Samad sekarang menghala ke Padang Merbok, "peserta sedang berarak dari Masjid Negara ke Padang Merbok. Laungan SPR letak jawatan bergema!".

Sementara menerusi posting di blognya tertulis, "sekumpulan 5,000 orang yang berhimpun di Masjid Negara mula berarak ke Dataran Merdeka selepas menunaikan fardu Zohor. Kumpulan berkenaan dikawal oleh Unit Amal Pas, dan diketuai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Azmin Ali kemudian bersantai di tengah padang bersama rakyat di bawah cuaca panas dan jerebu dari jam 2 petang sehingga jam 5 petang".

Namun, Azmin - seperti kelazimannya akan menyampaikan sepatah dua kata di pentas ceramah, tidak berlaku semalam.

Walhal, pentas itu semalam sewajarnya digunakan beliau untuk mengembalikan 'populariti' yang kian hari kian pudar dek kerana pelbagai kontroversi yang muncul.

Ahli Parlimen Gombak itu sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan terbuka menolak demonstrasi jalanan yang dianjurkan oleh sebilangan penyokong pembangkang sebagai langkah untuk menggulingkan kerajaan.

"Saya tak setuju berarak di jalan raya, timbulkan huru-hara. Saya sokong perhimpunan aman dalam keadaan teratur, bukan berarak seluruh Kuala Lumpur. Kita nak berhimpun saja," katanya.

Malah kontroversi Azmin membabitkan jawatan Menteri Besar Selangor, dakwaan amalan nepotisme dalam PKR bukan lagi rahsia.

Namun apa yang berlaku kelmarin, Azmin Ali seolah-olah 'dipulau' kerana kelantangannya mengkritik kredibiliti kerajaan Negeri Selangor.

Terbaru, beliau turut mempertikaikan pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai pegawai perhubungan politik negeri itu.

Maka tidak hairanlah himpunan Black505 kali ini seolah-olah memandang sepi akan kehadiran Azmin Ali.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...