PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, December 30, 2012

PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN PERSATUAN PENJAJA WANGSA MAJU SECTION 2


Sebentar tadi berlansungnya PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN (Back To School 2013) oleh YAYASAN WILAYAH PERSEKUTUAN yang disempurnakan oleh PERSATUAN PENJAJA WANGSA MAJU SECTION 2.


Bantuan tersebut merupakan salah satu program di bawah Prinsip Perihatin yang telah diwujudkan dan diamalkan oleh KEMENTERIAN WILAYAH PERSEKUTUAN dan KESEJAHTERAAN BANDAR (KWPKB) serta agensi-agensi naungan dibawahnya selama ini.



Bantuan sebegini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ahli keluarga yang terlibat dalam membuat persiapan persekolahan anak mereka untuk sesi yang akan datang.


Sumbangan PROGRAM BANTUAN PERSEKOLAHAN tersebut diserahkan oleh Ketua Cawangan Penjaja Wangsa Maju, Encik Mohd Rashid Bin Abu Samah.





Program ini dilaksanakan dan disemarakan di Kedai makan Ras Hartini Tomyam section 2 Wangsa Maju berhadapan dengan Hospital Tentera Tengku Mizan dengan jayanya.






Penerima bantuan sebanyak 30 orang yang telah tepilih menerima sebuah BEG SEKOLAH dan BAUCER belian 1 set persekolahan bernilai lebih kurang RM150 telah diagihkan oleh Ketua Cawangan Wangsa Maju yang berhempas pulas untuk menjayakan program ini.


Pihak Persatuan Penjaja Wangsa Maju berterima kasih kepada Penaungnya Penyelaras BN Wangsa Maju, Yang Berbahagia DATO' DR. HJ. MOHD SHAFEI ABDULLAH dan DATO' RAJA NONG CHIK BIN DATO' RAJA ZAINAL ABIDIN, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Merangkap Pengerusi Yayasan Wilayah Persekutuan.

No comments:

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...