NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Friday, August 10, 2012
PAKATAN PR LEBIH MENYUSAHKAN PELAJAR MAHASISWA..!!!
Baru baru ni kita dapat dengar permasalahan yang diluahkan pelajar tentang masalah yang dicipta Kerajaan Selangor Khalid lebih menyusahkan para pelajar UNISEL disana.
Masalah ini masih berlarutan di negeri pentadbiran mereka, kali ini melibatkan pusat pengajian KUIS pula. Jika Pakatan PR diberikan terus mentadbir, maka jahanamlah kesemua pusat pengajian dan Universiti.
Semua kos akan melambung mahal sehingga pelajar akan menampung kos keperluan yang semakin banyak lagi. Kita dengar masalah yang diluahkan oleh pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa..
Antara masalah yang begitu merunsingkan mahasiswa di KUIS adalah mengenai paksaan untuk mewajibkan semua pelajar supaya tinggal di asrama pada sesi kemasukan yang akan datang iaitu pada awal November ini.
Sebenarnya paksaan untuk mewajibkan semua pelajar tinggal di asrama ini telah bermula pada sesi yang lepas, namun ia semakin diketatkan pada sesi kemasukan yang akan datang.
Paksaan untuk mewajibkan pelajar untuk tinggal di asrama ini ditentang keras oleh kami kerana bebanan yuran asrama yang semakin tinggi dan ia tidak termasuk dengan yuran pengajian lagi. Sebagai contoh, asrama di KUIS mempunyai empat jenis iaitu A, B, C dan D. Asrama jenis D adalah yang paling murah sekali di KUIS.
Jika sebelum ini yuran asrama jenis D ini berjumlah RM550 setiap seorang (4 orang untuk 1 bilik), kini yuran asrama jenis D tersebut telah meningkat kepada RM700 lebih setiap seorang (tanpa ada penambahbaikan pada asrama jenis tersebut). Kenaikan ini juga berlaku kepada asrama jenis A, B dan C yang yurannya mencecah kepada lebih RM1,000.
Masalah kewangan yang dialami oleh pelajar KUIS ini telah menjadi semakin teruk apabila ada sebilangan pelajar yang gagal mendapat pinjaman kewangan dan ia ditambah pula dengan kos sara hidup yang tinggi dengan terpaksa menanggung kos pembelian buku-buku pengajian dan yuran pengajian di KUIS yang mahal serta sentiasa meningkat saban tahun (pernah meningkat sebanyak 100 peratus).
Baca Seterusnya KLIK DISINI
Kini masalah baru yang dicipta puak pemimpin Pakatan PR adalah suka mengumpulkan hutang. Disebalik mengumpulkan hasil negeri agar jumlah dana nampak banyak, hutang juga turut dikumpulkan.
Pakatan PR ni asyik mengumpulkan hutang saja, yang lebih teraniaya adalah mahasiswa dan pelajar.
Selepas Unisel, KUIS pula hadapi masalah kewangan?
SHAH ALAM 9 Ogos - Selepas Universiti Selangor (Unisel) dikaitkan dengan masalah kewangan, sebuah lagi institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri iaitu Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pula didakwa sedang menghadapi kemelut sama.
Perkara itu diakui sendiri oleh Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajarnya, Mohd. Firdaus Hashim yang mendakwa masalah itu timbul ekoran daripada jumlah pelajar yang semakin berkurangan hingga menyebabkan pihak pengurusan KUIS tidak lagi mampu untuk membuat bayaran kepada syarikat konsesi pengurusan asrama, Redha Resources Sdn. Bhd. (RRSB).
Beliau mendakwa, berdasarkan perjanjian konsesi itu ia menyatakan, KUIS perlu membuat bayaran sebanyak RM13.8 juta setahun kepada RRSB yang bertanggungjawab menguruskan operasi asrama di universiti berkenaan.
- UM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Inilah gambar dizaman Ago-go dulu, lebih rock dan kacak merambu. Asal usul seorang ulama politik pemimpin Kelantan, bukan apa, janganla...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Inilah gelagat sekumpulan berumah kat Dataran merdeka, muka Melayu yang dah tak kenal adap dan sopan ketika di khalayak ramai. Sesuka hat...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Jika kita dengarkan pengakuan 11 doktor yang cuba bersekongkol dengan kumpulan perhimpunan haram jadah bersih, mereka mengatakan pihak pol...


1 comment:
SALAM TUAN. HARAP DAPAT LINK SEMULA BLOG KAMI http://shahalamrebels.com/
Post a Comment