PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, July 25, 2012

PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN FASA DUA..!!!


Bukan apa la tetapi ini adalah satu cadangan yang amat baik buat masa ni untuk menjaga keamanan kita bersama. Kena pulak dekat nak raya ni, maklum je la ramai pencuri dan penyamun mula dengan plan mereka nak menyamun.

Memang baik dilakukan pencegahan segera selesaikan masalah ini untuk mengelak dan  mengurangkan kejadian yang tidak di ingini terus berlaku. Mereka ditugaskan untuk menjaga keamanan untuk rakyat Malaysia.

Tetapi yang paling pelik ada juga puak yang marah dan sakit hati dengan mereka yang ditugaskan menguat kuasakan undang-undang.  Cuba lihat gambar dibawah....


Puak manakah yang tidak puas hati..??  Seperti tersalah makan barang je puak ni, marah dan meroyan tak tentu pasal. Persoalannya bagaimanakah puak ni boleh lupa tugas yang dipertanggungjawap oleh mereka.

Puak Amal PAS pernah menerangkan bahawa mereka bertindak menyelamatkan polis yang tercedera selepas kereta polis melanggar tembok kerana hilang kawalan. Ini yang best ni...!!!!

Puak Amal PAS tu selamatkan polis yang memandu kereta tersebut dari puak apa..?? Yang berlonggok ramai-ramai tu puak apa, semua pakai baju kuning Bersih.


Kumpulan tu buat rusuhan tendang terajang, pecah bantai sampai remuk kereta polis tu apahal.

Selamatkan dari puak sendiri yang mengamuk ke..?? Kelakar lah...!!!

Published: Rabu Julai 25, 2012 MYT 10:07:00 AM 

100,000 Anggota Penguat Kuasa Untuk Banteras Jenayah 

Oleh LOH FOON FONG dan ISABELLE LAI

KUALA LUMPUR: Seramai 100,000 penguat kuasa undang-undang akan disediakan akan untuk membanteras jenayah di bawah fasa kedua Program Transformasi Kerajaan (GTP), dengan memberi fokus kepada pencegahan kecurian pecah rumah dan kenderaan.


Di bawah GTP Roadmap 2.0, pengurangan kadar jenayah negara telah menyasarkan seramai 47,000 anggota polis dan yang lainnya terdiri daripada agensi penguatkuasaan lain seperti Rela dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia yang akan digunakan apabila diperlukan.


Bilangan lokasi panas jenayah akan ditingkatkan dari empat kepada dengan negeri Kedah dan Perak menyertai Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang, pembantu ketua unit Asst Supt Fatimah Abdul Hamid berkata pada Hari Terbuka GTP 2.0, Selasa.


Untuk mengelakkan kecurian, katanya kehadiran polis akan ditingkatkan di kawasan kediaman memandangkan kira-kira 150 kawasan perumahan di seluruh negara telah mengalami kadar pecah rumah yang tinggi, termasuk di Johor Baru, Petaling Jaya, Alor Setar dan Butterworth.

BACA SETERUSNYA KLIK DISINI

2 comments:

C L J said...

Kalau anggota Rela, Pertahanan Awam dsb nak jalankan kuatkuasa undang undang kenalah semak betul betul implikasi undang undangnya. Takut nanti mahkamah menghukum tidak sah pulak. Pengamal pengamal undang undang patutlah bercakap terus terang dalam salurannya. Janganlah nak tunggu terbelit baru nak ikut membelit lak. Berilah sumbangan dalam bidang pengajian dan kajian masing masing baru orang tak boleh tanya apa sumbangan anda kepada negara.

Muhammad Naguib bin Kaharudin said...

Tuan

Mohon pautkan blog gombakgempur ke blog tuan. Blog Tuan telah terpaut di GombakGempur.

TQ

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...