PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, July 14, 2012

DULU BEBAS HUTANG TETAPI SEKARANG NEGERI SELANGOR TANGGUNG BEBAN HUTANG 316 JUTA.!!!

CHUA Tee Yong (dua dari kanan) menunjukkan antara salinan dokumen pembelian tanah kerajaan negeri Selangor daripada Talam di Wisma MCA, Kuala Lumpur.
Setelah membuat beberapa pendedahan sebelum ini, Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong tampil sekali lagi mendakwa sebuah anak syarikat milik kerajaan negeri Selangor terpaksa menanggung beban hutang berjumlah RM316 juta untuk membayar balik hutang hasil pembelian aset Talam Corporation Bhd. (Talam).

Beliau berkata, Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB), iaitu anak syarikat milik penuh kerajaan negeri yang sebelum ini bebas hutang dan mempunyai simpanan kira-kira RM76 juta, terpaksa membuat pinjaman itu bagi membayar balik kepada kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang telah menjual aset berkenaan.

Katanya, PNSB telah mencagar beberapa aset untuk meminjam sebanyak RM230 juta daripada sebuah institusi kewangan dengan kos faedah pinjaman adalah berjumlah RM86 juta. Menurut beliau, pembelian aset itu membabitkan kawasan Bukit Beruntung 2 dan Bestari Jaya, namun sehingga kini tiada pembangunan besar dilakukan di kedua-dua kawasan.

''Persoalannya sekarang kenapa kerajaan PKR Selangor tidak mengambil langkah untuk membantu aliran wang tunai anak syarikat berkenaan dengan menjual tanah-tanah terlibat kepada pihak swasta,'' katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA.

Pada minggu lalu, Tee Yong mendedahkan kerajaan PKR Selangor telah membeli tanah seluas 2,263 ekar (905.2 hektar) di Bestari Jaya dari Talam dengan harga RM181 juta iaitu RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran.

Beliau turut mendedahkan satu lagi pembelian oleh kerajaan negeri berkenaan berjumlah RM87.7 juta di Danau Putra iaitu kawasan yang 80 peratus daripada tanahnya di bawah air.

Semalam, MCA Bahagian Pandan membentangkan dokumen resolusi perjanjian penyelesaian hutang Talam, bagi menyokong pendedahan Tee Yong. Ketua Biro Guamannya, Gary Lim Chin Yee berkata, dokumen mengandungi tandatangan Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB), yang membuat keputusan agar hutang bernilai RM115 juta yang ditanggung Talam diserahkan kepada kerajaan negeri Selangor untuk diselesaikan.

Dalam pada itu, Tee Yong turut mempersoalkan sama ada kerajaan PKR Selangor telah mengambil kira kos bayaran faedah itu semasa berunding untuk membeli aset berkenaan daripada Talam bagi memastikan rakyat mendapat keuntungan maksimum.

''Hasil lawatan dan maklumat yang kita peroleh, tiada sebarang pembangunan besar dilakukan di kawasan berkenaan dan kini apakah rancangan kerajaan PKR Selangor bagi membolehkan PNSB membayar balik pinjaman berkenaan,'' ujarnya.

Memang dasar Pakatan PR kuat menipu, maka dalam apa jua tindakan mereka mesti ada tipu muslihat. Jika ketua memimpin kuat menipu, apaah lagi pengikut taksubnya yang berakal pendek.

Pakatan PR membuat hutang sehingga 316 juta ni semua untuk rakyat ke..?? Apa yang rakyat Selangor dapat..?? Selangor semakin hancur bila Pakatan PR memerintah..!!!

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...