PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, November 8, 2011

UMNO ZIARAH 2,000 BUAH RUMAH DI BACHOK KELANTAN



UMNO Bahagian Bachok telah menziarahi sebanyak 2,000 buah rumah di daerah tersebut terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat pada tahun ini.

Timbalan ketuanya, Datuk Dr. Ilias Hussain berkata, program ziarah dari rumah ke rumah terutama membabitkan penduduk miskin dilaksanakan bagi menyelesaikan masalah yang timbul di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, masalah kemiskinan rakyat melibatkan keperluan kediaman lebih selesa dan memastikan anak-anak tidak tercicir daripada persekolahan sentiasa diambil perhatian untuk diselesaikan segera.

"Saya memperuntukkan sepenuh masa untuk tujuan ini dengan melakukan kunjungan dari rumah ke rumah tanpa mengira fahaman politik kerana yang lebih penting keikhlasan membantu dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi," katanya kepada pemberita pada majlis jamuan Hari Raya Aidiladha di kediamannya di Kampung Teratak Pulai di sini semalam.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin yang juga Ketua UMNO Bahagian Bachok.

Katanya, program tersebut dapat memberi kesedaran dalam kalangan rakyat terhadap keprihatinan Kerajaan Persekutuan yang sentiasa menyalurkan bantuan menerusi pemimpin UMNO setempat.

"Mereka sebenarnya turut terpinggir daripada pembelaan walaupun selama ini memberi sokongan padu kepada parti pembangkang.

"Hasil bantuan dan sikap cakna jentera UMNO, menyebabkan mereka lebih sedar untuk tidak menyokong pemimpin yang hanya mementingkan kemenangan dalam pilihan raya tetapi gagal menunaikan tanggungjawab membela nasib rakyat di peringkat akar umbi," katanya.

Tambahnya, pendekatan tersebut lebih berkesan kerana mereka lebih berpeluang mendapatkan penjelasan mengenai hala tuju perjuangan UMNO dan dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.
 - UTUSAN MALAYSIA

Gamaknya pelusok rakyat Kelantan seakan telah tersedar walaupun selalu mendengar ceramah yang sering dilakukan PAS hanyalah untuk mengambil hati penduduk setempat agar menyokong mereka.

Tetapi apabila sokongan telah diberikan. Tiada apa tindakan yang dilakukan kerajaan PAS untuk membantu mereka terlepas dari belenggu kesusahan penduduk hadapi sekarang.

Inilah peluang rakyat Bachok melemparkan dan menyuarakan masalah mereka secara berdepan daripada ceramah PAS yang hanya asyik mendengar ceramah mereka saja daripada mendengar masalah rakyat setempat.

Dok dengar diorang berceramah je, bilakah masa mereka nak mendengar pula permasalahan yang rakyat hadapi, apatah lagi ingin menyelesaikannya.

2 comments:

C L J said...

Tahniah Datuk Dr. Awang dan Datuk Dr. Ilias gandingan mantap. Inshaallah kali ini pasti menjadi.

cacamarba said...

harap2 dihargai la..tp dgn rakyat kelantan..erm..entahlah..

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...