NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Wednesday, November 9, 2011
MENTERI BESAR KEPALA KHALID GAGAP AKAN HADAPI MASALAH..!!!
Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim gagap sudah pasti menghadapi laluan sukar kerana pasti banyak perkara yang perlu ditawarkan kepada rakyat terutama dari sudut kebajikan.
Khalid gagap membuat tuduhan-tuduhan negatif penyokong parti dan sekutunya yang menganggap Bajet 2012 adalah gula-gula politik, sedangkan Khalid gagap pula mahu menawarkan apa ketika rakyat menanti-nanti imbuhan daripada kerajaan PKR, DAP dan Pas.
Ini kerana MB gagap sedar beliau hanya mempunyai cengkaman pentadbiran sahaja tetapi cengkaman dan penguasaan politik dibayangi oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Belum tentu beliau akan terus kekal menerajui negeri Selangor sekiranya PKR berjaya mengekalkan kerusi yang banyak pada PRU akan datang kerana Pas dan DAP juga sudah pasti mengintai tempat kerusi panas MB itu.
Bajet kali ini menjadi bahan ujian Khalid gagap untuk memastikan ekonomi Selangor terus mantap. Beliau akan menghadapi masalah besar sekiranya pertumbuhan ekonomi Selangor tidak mantap selain prestasi anak-anak syarikat terus merudum.
Sebenarnya memang mudah membuat pelbagai janji yang manis-manis tetapi apabila sudah mendapat tampuk kuasa dan menghadapi realiti politik dan masalah akar umbi ia tidak semudah dijangkakan untuk dilunaskan semua janji-janji manis yang banyak tak tertunai.
Isu terbaru berkaitan laporan Ketua Audit Negara 2010 dijangka menjadi topik hangat, jangan pembangkang hanya menghalakan peluru bagi memburukkan Kerajaan Pusat dengan bermodalkan laporan audit tersebut sedangkan kerajaan negeri juga perlu melihat kepincangan yang didedahkan dalam laporan yang sama.
Ini termasuk pembabitan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB). Pengauditan yang dijalankan antara Ogos hingga Disember 2010 mendapati secara keseluruhannya prestasi kewangan KDEB adalah tidak memuaskan kerana terdapat kerugian sebelum cukai pada 2009 berjumlah RM122.25 juta berbanding keuntungan sebelum cukai pada 2008 berjumlah RM34.45 juta.
Pengurusan aktiviti utama KDEB dan prestasi kewangan tiga syarikat subsidiari KDEB juga tidak memuaskan pada 2009 yang mana terdapat kerugian selepas cukai berjumlah antara RM1.08 juta hingga RM139.23 juta.
Menurut laporan itu lagi, terdapat beberapa kelemahan tadbir urus korporat seperti mesyuarat Lembaga Pengarah yang tidak diadakan mengikut kekerapan, Audit Dalaman tidak ditubuhkan dan Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan yang tidak berfungsi. KDEB juga tidak membayar dividen kepada kerajaan negeri.
Kerajaan Negeri Selangor memberikan alasan bahawa program pemberian air percuma 20 meter padu tidak mempunyai kaitan dengan kerugian KDEB. Namun setakat ini tiada sebarang sebab pula diberikan tentang faktor kerugian kalau bukan sebab air.
Adakah oleh kerana faktor ketidakcekapan pengurusan baru KDEB..???
Kerana berdasarkan perjanjian dengan kerajaan negeri pada September 2008, KDEB telah diberikan pinjaman RM200 juta dengan faedah empat peratus setahun.
Difahamkan kerugian KDEB pada 2009 kerana menanggung kos program air percuma bernilai RM131.47 juta di samping perbelanjaan penajaan gaji Persatuan Bola Sepak Selangor sebanyak RM4.1 juta sedangkan kedua-duanya bukan aktiviti KDEB.
Program air percuma sepatutnya perlu diperjelaskan oleh Perbendaharaan Negeri Selangor. Pinjaman KDEB daripada kerajaan negeri adalah tidak wajar kerana syarikat tersebut perlu berhutang.
Namun demi janji PRU-12, kerajaan negeri terpaksa meneruskan program air percuma meskipun tidak mampu dalam tempoh jangka panjang. Akhirnya KDEB tidak dapat bertahan dan pembayaran perlu diberhentikan. Kalau tidak anak syarikat kerajaan negeri itu akan terus mengalami kerugian yang amat teruk...!!!
Pendedahan Laporan Audit Negara terhadap anak syarikat kerajaan negeri, Woldwide Holdings Bhd., PKPS Agro Industries dan Tourism Selangor Sdn. Bhd. juga memerlukan satu bedah siasat secara terbuka dalam sidang kali ini.
Selain itu, kepimpinan Khalid gagap juga tidak dapat lari daripada kepincangan yang pernah didedahkan sendiri oleh laporan audit dalaman kerajaan negeri berkaitan Yayasan Selangor dan juga kemelut yang menimpa Universiti Selangor (Unisel).
Isu-isu melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) juga memerlukan penjelasan daripada Menteri Besar termasuk melibatkan pelantikan pasukan penasihat dan perunding luar dengan gaji lumayan hingga mengetepikan kemampuan pegawai sedia ada.
Soal pengurusan hasil pasir oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. juga sebenarnya masih menjadi tanya tanya. Sedangkan rakyat ingin tahu sejauh mana kebenaran hasil pasir yang dilombong secara agresif itu benar-benar masuk ke kantung rakyat.
Rakyat juga sering gusar dengan suasana politik di negeri Selangor yang dirasakan tidak selesa. Banyak isu sebenarnya dicipta oleh sikap kepimpinan parti-parti pembangkang tetapi sering kali BN dan UMNO yang diperslahkan dan terpaksa menjadi kambing hitam.
Tiga parti yang berlainan ideologi selain mempunyai kepentingan berbeza meliputi agama, bahasa, budaya dan kepentingan etnik - menyebabkan banyak isu yang dibangkit hingga menjadikan suasana negeri Selangor tidak tenteram.
Bermula isu penjualan arak, isu kalimah Allah, bercambahnya hotel-hotel bajet, isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah premis yang didakwa sebuah gereja di Petaling Jaya dan akhirnya momokan terhadap Perhimpunan Selamatkan Akidah di Stadium Shah Alam.
Kesemuanya menyaksikan pelbagai percanggahan di kalangan rakan-rakan dalam barisan Exco...!!!
Sampai sekarang Khalid gagap tidak berani mendedahkan apakah status premis Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang membuatkan JAIS telah dihentam kiri dan kanan.
Dalam konteks Bajet 2012, rakyat sedang menunggu sejauh semua realistiknya tawaran-tawaran yang ingin diberikan oleh Khalid. Sebab itu pentingnya rakyat menilai sejauh mana janji-janji yang dahulu terlaksana sebelum janji-janji manis baru ditaburkan..!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Seorang wanita berusia 37 tahun menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila bukan saja disamun tiga lelaki bersenjatakan pisau tetapi turut...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
MAJLIS pelancaran model terbaru Proton - Preve di Seri Kembangan, Selangor, pada 16 April 2012. Preve berharga dari RM59,990 hin...
-
Satu kejadian yang tak diingini telah berlaku, kumpulan Pakatan PR ni sudah tidak tahu menilai samada boleh ataupun salah, kumpulan "...
-
Luluh hati seorang suami sebaik melihat isterinya hanya memakai tuala bersama lelaki lain dalam bilik hotel ketika diserbu penguat kua...
-
“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing. "Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah p...
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
1 comment:
salam
mohon pautkan blog saya di blog tuan
http://tauke-ikan.blogspot.com/
salam perjuangan
Post a Comment