PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, October 18, 2011

PERWAKILAN RAKYAT SIFATKAN PAKATAN RAKYAT SEDANG BERMIMPI..!!!

Ahmad Zahid Hamidi (kanan) memperjelaskan isu sempadan Malaysia dan Indonesia di Kalimantan Barat kepada Duta Malaysia di Indonesia, Datuk Syed Mushe Afdzaruddin Syed Hassan di Jakarta, semalam. - BERNAMA

Seorang anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia, Drs. Ramadhan Pohan hari ini melabelkan pihak yang membuat dakwaan kurang berasas ekoran kononnya Malaysia menceroboh wilayah Indonesia itu sebagai sedang berhalusinasi.

Ramadhan yang juga anggota Jawatankuasa Kerja Sempadan, Suruhanjaya II DPR menyelar tindakan pihak yang sengaja mencetus provokasi tidak berasas itu.

Menurut Penolong Setiausaha Agung Parti Demokrat pimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono itu, adalah tidak bertanggungjawab bagi seorang ahli politik menyampaikan maklumat tidak tepat kepada rakyat.

Lebih memalukan, Ramadhan menolak dakwaan kononnya wilayah Camar Bulan milik Indonesia dan kini dikawal oleh 3,000 anggota Pasukan Gerak Am (PGA) Malaysia.

"Tidak ada 3,000 anggota PGA yang mengawal wilayah kita (Indonesia). Yang ada cuma pokok-pokok. Tidak timbul isu tersebut. Yang membuat dakwaan kononnya ada askar Malaysia (anggota PGA) mungkin sedang berhalusinasi," katanya menyindir pada sidang media di sini, hari ini.

Isu wilayah perbatasan Malaysia-Indonesia ditimbulkan oleh Timbalan Ketua Suruhanjaya I DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang mendakwa kononnya wilayah Camar Bulan seluas hampir 1,500 hektar dan wilayah Tanjung Datu seluas 800 meter garis pantai telah diambil oleh Malaysia secara haram.

Dakwaan sedemikian bagaimanapun dinafikan secara konsisten oleh kerajaan Indonesia melalui empat menteri kabinetnya dan juga oleh Panglima Tentera Nasional Indonesia, Laksamana Agus Suhartono.

Pada sidang media yang dibuat secara bersama dengan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini, Ramadhan turut mendedahkan beberapa foto yang dirakamkan beliau menerusi telefon bimbit ketika mengadakan kunjungan ke dua daerah berkenaan hujung minggu lalu.

Kata Ramadhan, beliau berkunjung ke wilayah Camar Bulan dan Tanjung Datu, Kalimantan Barat bersama empat anggota DPR pada Jumaat lalu untuk melihat sendiri suasana di sana.

Berdasarkan tinjauan yang dibuat, Ramadhan mendapati tidak ada sejengkal pun tanah Indonesia yang dirampas Malaysia.

Beliau pada masa sama yakin Hasanuddin tidak pernah berkunjung ke wilayah Camar Bulan atau Tanjung Datu untuk melihat keadaan sebenar tetapi berani membuat kenyataan yang tidak berasas itu.

Berikutan kenyataan provokasi berkenaan, beberapa pertubuhan bukan kerajaan Indonesia mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Kedutaan Besar Malaysia.

Minggu lalu, selama dua hari berturut-turut demonstrasi diadakan oleh pertubuhan Forum Betawi Rempug (FBR) dan Laskar Merah Putih (LMP).

Hari ini pula, satu lagi kumpulan yang terdiri daripada 20 penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

- UTUSAN MALAYSIA   JAKARTA 17 Okt. 

2 comments:

Anonymous said...

Diterjemah dari Blog JUST READ! :


Pertikaian sempadan di antara Malaysia dan Indonesia mengambil giliran baru. Walaupun kedua-dua kerajaan menyokong kaedah diplomatik untuk menyelesaikan masalah, pembangkang di kedua-dua negara pula bekerjasama untuk membawa kedua-dua kerajaan ke dalam kegawatan.

Di saat beberapa orang ahli parlimen Indonesia mendesak kerajaan mereka untuk mengambil pendekatan 'diplomasi keras' dalam berurusan dengan Malaysia, penggubal undang-undang kita sendiri (di kalangan pembangkang) cuba memancing kesempatan dari pertikaian ini dengan menunjukkan kecenderungan mereka terhadap langkah sedemikian.

Saya telah mendengar tentang hal itu, bukan sekali dan bukan dua kali tetapi beberapa kali di lobi hotel, coffee house malah di hospital tentang betapa bangganya penggubal undang-undang Indonesia dengan sokongan yang diterima daripada 'rakan-rakan' mereka di Malaysia.

Saya fikir, pembangkang mungkin akan berasa cukup gembira jika melihat kedua-dua negara memasuki kancah peperangan. Dan saya tertanya-tanya siapa agaknya yang menjadi pengkhianat Malaysia semasa konfrontasi dengan Indonesia pada awal tahun 1960-an!

Isu sempadan yang terbaru adalah mengenai tuduhan Indonesia bahawa Malaysia telah merampas wilayah Camar Bulan dan Tanjung Batu di Sambas, Kalimantan Barat.

Baru dua hari lepas Anifah Aman dan rakan sejawatannya dari Indonesia Marty Natalegawa membincangkan isu ini dan bersetuju untuk menelitinya mengikut saluran diplomatik.

Marty telah mempersoalkan desakan ini dan menolak sebarang pendekatan yang menyalahi undang-undang dan tidak diplomatik dalam menangani isu itu (baca sini), sambil menambah bahawa selepas penyiasatan oleh kerajaan, isu ini hanyalah satu isu yang berkaitan satu penanda sempadan yang dipindahkan oleh lelasan dan satu lagi akibat kerosakan.

Beliau juga berkata bahawa petanda sempadan yang rosak dan yang dipindahkan ini tidak seharusnya menjadi masalah kerana koordinat kedudukan asal petanda telah direkodkan. Kerajaan Indonesia tidak akan membincangkan tentang dakwaan rampasan wilayah dengan pihak berkuasa Malaysia, tetapi kedua-dua negara kini sedang bekerjasama untuk menetapkan penanda mengikut koordinat yang dipersetujui sebelum ini.

Walau bagaimanapun, tekanan daripada penggubal undang-undang Indonesia sebenarnya didorong oleh 'bantuan moral dan diplomatik' yang disediakan oleh rakan-rakan di kalangan ahli politik mereka di Malaysia.

Oleh itu, dakwaan bahawa pihak pembangkang merancang untuk menjadikan Malaysia sebuah republik adalah benar nampaknya. Sebahagian daripada mereka suka pergi ke Indonesia dan mengadakan 'perbincangan serius' dengan kumpulan berhaluan kiri di sana. Topik perbincangan selalunya berkisarkan 'pentadbiran Malaysia yang buruk’ dan cara-cara untuk mengambil alih Putrajaya.

"Benar pak. Mereka seringnya memohon bantuan tentang bagimana untuk berkuasa di Putrajaya ... penyokong mereka di Indonesia bukan sedikit!"

Anonymous said...

Sebelum merdeka gerakan mahu menyatukan Malaya dengan Indonesia di bawah gagasan Melayu Raya telah ada di kalangan parti-parti politik Melayu berhaluan kiri seperti KMM, API, AWAS, SEDAR dan sebagainya. Seandainya usaha ini berjaya Malaya akan berada di bawah pemerintahan Sukarno yang telah dibuktikan merupakan seorang yang berfahaman komunis. Bayangkan keadaan kita hari jika Malaya tidak merdeka melalui perjuangan UMNO dan pelampau-pelampau Melayu di atas itu berjaya dalam usaha mereka bersama Sukarno.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...