PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, October 22, 2011

HIMPUNAN SEJUTA UMAT BUKAN SEPERTI "BERSIH"..!!!



Hasrat kira-kira 1,000 NGO Islam di seluruh negara yang akan berhimpun di perkarangan letak kereta Stadium Shah Alam pada hari ini, Sabtu 22 Oktober pada pukul 2 petang telah menerima pelbagai maklum balas yang pelbagai. Ada yang menyokong dan sudah tentu ada juga yang menentang.

Malah ada yang menyamakannya dengan perhimpunan Bersih yang pernah diadakan sebelum ini. Inilah yang sebenarnya cuba dijelaskan supaya perspektif yang betul dapat diterangkan kepada khalayak dan seluruh rakyat di negara ini agar tidak menimbulkan salah tanggap atau kegusaran yang tidak berasas.

Oleh itu wajarlah objektif perhimpunan berkenaan diteliti terlebih dahulu sebelum sebarang tanggapan dibuat dengan cara sembrono hingga ia menenggelamkan tujuan sebenar ia diadakan. Matlamatnya adalah:

1. Untuk menerangkan kedudukan perkara yang sebenarnya tidak seperti yang digembar-gembur melalui media.

2. Mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan dikalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.

3. Memberitahu rakyat perlunya persoalan akidah ditangani melalui hujah agama bukan dibiarkan berlarutan menjadi modal politik.

4. Menyerlahkan Institusi Raja yang menjadi payung bangsa Melayu dan Islam dalam hal peranan mereka dalam sama-sama menangani isu yang menyentuh sensitiviti orang Melayu Islam di negara ini.

5. Menzahirkan kekuatan akidah dan keimanan masyarakat Islam sambil memberi amaran tentang bahaya yang akan menimpa negara ini seandainya isu ini terus dieksploitasi.

6. Menyedarkan rakyat tentang wujudnya peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang negeri yang tidak mengizinkan mana-mana pihak mengganggu-gugat kesucian Islam serta tindakan mendakwah agama selain daripada Islam kepada orang Islam.

Malah dalam pelbagai blog sudah pun diuar-uarkan bagaimana pihak kerajaan seolah-olah bersekongkol dan menuding jari pada pihak UMNO yang kononnya menjadi peneraju dalam program ini sehingga ia mendapat permit kelulusan daripada pihak berkuasa tidak seperti mana yang dialami oleh penganjur Bersih.

Tidak kurang juga yang seolah-oleh mengugut kepada pihak pakatan pembangkang supaya tidak menyertai Himpunan ini supaya tidak dicop menyebelahi Barisan Nasional (BN) dalam isu kepentingan ummah.

Ternyata, budaya baru yang ingin diperkenalkan kepada rakyat negara ini terutamanya golongan muda seolah-olah mereka wajib menyanggah establishment. Di mana apa sahaja gerak kerja yang positif untuk membantu pihak berkuasa mewujudkan persefahaman, kerjasama merentas sempadan bangsa dan agama seringkali disamakan dengan menyokong parti pemerintah meskipun ia tidak langsung berkaitan dengan isu politik.

Perkara lain yang perlu ditekankan di sini bahawa, program himpunan sejuta umat ini sebenarnya bukan direncanakan untuk menukar atau meminta apa-apa perkara yang sudah ditetapkan di dalam Perlembagaan negara.

Ia sekadar memohon supaya semua kaum dan penganut agama lain di negara ini mematuhi, memahami dan menghormati antara satu sama lain. Terutamanya kepada agama Islam yang merupakan agama rasmi negara yang sudah diberikan hak-hak serta keistimewaan tertentu.

Tidak ada negara lain di dunia ini yang begitu prihatin dalam menjamin kebebasan beragama bagi penduduk minoriti mereka seperti mana yang dinikmati oleh rakyat negara ini. Ia bukan hanya sekadar kata-kata manis tetapi boleh dilihat melalui data, fakta dan gambaran fizikal yang terserlah di hadapan mata kita sekiranya kita mahu berlapang dada dan tidak prejudis.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...