PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, October 31, 2011

2,800 NELAYAN KELANTAN DAPAT PERUNTUKKAN ELAUN SARA HIDUP SETIAP BULAN..!!!


Kerajaan Pusat teruskan peruntukkan RM230 juta pada 2012 di bawah elaun sara hidup bagi nelayan seluruh negara sebagai tanda keprihatinan kerajaan. Elaun RM200 sebulan itu akan disambung dari bajet kementerian melibatkan 2,800 nelayan dari Kelantan dan jumlah peruntukan bagi nelayan negeri Kelantan sahaja dianggarkan melebihi RM5 juta.

Sepatutnya bantuan itu diberikan pada tahun 2010, tetapi pemimpin negeri iaitu Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Mustapa Mohamed memohon daripada Perdana Menteri agar ia disambung pada tahun ini dan tahun hadapan.

Ini adalah kerana ramai nelayan terdiri daripada golongan miskin tegar dan amat memerlukan sokongan kerajaan persekutuan kata Dr Awang Adek.

Majlis penyerahan lesen bot sampan kepada 103 nelayan Bachok di pekarangan pejabat Pangkalan Perlindungan Sumber, Tawang semalam turut dihadiri Pengarah Perikanan Kelantan, Datuk Mohamad Mat Saman dan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan, Wan Adnan Wan Ibrahim.

Sementara itu, Datuk Mohamad Mat Saman berkata, penyerahan lesen baru itu adalah kepada nelayan miskin yang ada sampan tanpa lesen sejak dua tahun lalu dan sehingga kini Jabatan Perikanan Kelantan mengeluarkan 983 unit lesen sampan bagi seluruh negeri Kelantan.

Dari jumlah tersebut daerah Bachok mencatatkan 305 unit lesen iaitu 31 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dikeluarkan. Lesen ini adalah lesen khas sampan yang tidak boleh dijual beli kepada mana- mana pihak dan hanya boleh dipindah milik kepada anak- anak pemilik mengikut syarat yang ditetapkan tambahnya lagi.

1 comment:

Anonymous said...

bapa mertua adik saya nelayan kat kelantan..dia bagitau tiap-tiap bulan dapat rm200 kalau sokong pas skrg baru saya tau rupanya kerajaan pusat yang bagi..silapnya nelayan-nelayan semua tertipu depa ingatkan adun pas yang bagi..sebab tu depa semua undi pas kalau undi bn tak dapat duit lagi..itu yang orang-orang pas cakap....mereka kebanyakannya orang2 tua dan duduk kat kedai kopi apalagi senang aja kena kelentong dengan juak2 pas..

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...