NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Sunday, September 25, 2011
ORANG KURANG UPAYA MARAH KAT POK NIK..!!!
Tidak sampai 24 jam selepas mengeluar kenyataan mengkritik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini terus membidas Mursyidul Am Pas itu berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Karpal WheelChair pada sidang akhbar di Pulau Pinang tanpa berlapik lagi menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai orang tua yang inginkan perhatian dan mengakui pakatan pembangkang kini dalam kontroversi berikutan kenyataan Nik Abdul Aziz itu.
Justeru, beliau berharap kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak mencerminkan pendirian rasmi Pas dan menggesa Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan segera.
Menurut Karpal, Muktamar Agung Pas Ke-57 baru-baru ini menggugurkan agenda pembentukan negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan.
"Kami ingat agenda itu telah terhapus. Rakyat juga bergembira dengan langkah Pas itu. Namun secara tiba-tiba (timbul balik soal hudud). Saya tak faham kenapa Nik Aziz boleh berikan kenyataan sebegitu... Mungkin dia orang tua yang mahu mencari perhatian," katanya.
Semalam dalam satu kenyataan, Karpal juga menegur Nik Aziz yang menyatakan DAP boleh meninggalkan pakatan pembangkang jika mereka tidak bersetuju dengan agenda negara Islam.
"Ia adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya.
Karpal mengingatkan Pas bahawa parti itu pernah menghasilkan resolusi tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan.
"Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu," katanya.
Pada masa sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tidak terlepas daripada kritikan Karpal pada sidang akhbar hari ini yang menyelar Ketua Pembangkang itu kerana menganggap sokongan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud sebagai pandangan peribadi.
Menurut pemimpin veteran itu, mana-mana pemimpin yang memegang jawatan tertinggi tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atas dasar pandangan peribadi.
"Tidak ada perkara yang menjadi pandangan peribadi apabila anda menjadi pimpinan tertinggi. Apabila anda pimpinan atasan, pandangan anda akan ditafsirkan sebagai kenyataan rasmi parti," katanya.
- UTUSAN MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
Sebab ada masyuk komisyen kot tu pasal nak gantikan Madrasah dengan Komplex Beli-belah. Ada yang masyuk komisyen dan bonus faedah kot, seba...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
Semua keputusan telah terjawap siapakah individu lelaki "Y" yang dimaksudkan dimahkamah pada persidangannya yang telah berla...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...


No comments:
Post a Comment