PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, August 6, 2011

KHALID GAGAP DIDESAK MAHASISWA UNISEL..!!!



Mahasiswa Universiti Selangor (Unisel) mendesak MB Khalid Ibrahim merombak jawatankuasa senat universiti itu bagi memastikan pengurusan tertingginya bebas daripada pengaruh politik.

Desakan itu merupakan sebahagian daripada lima tuntutan Aksi Mahasiswa Peduli (Aksi) yang mewakili mahasiswa Unisel ekoran kemelut pentadbiran universiti itu yang mendapat tekanan politik daripada Khalid gagap sehingga membawa kepada peletakan jawatan Naib Canselornya, Datuk Dr. Rosti Saruwono pada 3 Ogos lalu.

Ketua Umum Aksi, Muhammed Shahimi Ariffin berkata, rombakan itu harus dilakukan Lembaga Pengarah Unisel termasuk Abdul Khalid selaku pengerusinya supaya tidak melanjutkan kontrak empat ahli jawatankuasa senat sebagai jalan penyelesaian kemelut pentadbiran universiti milik kerajaan negeri Khalid gagap itu.

Empat yang dicadangkan itu ialah Timbalan Naib Canselor Akademik, Prof. Dr. Anuar Ahmad; Timbalan Naib Canselor Perancangan Strategik dan Pembangunan, Prof. Dr. Ir. Mohamad Daud dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Prof. Madya Zainal Abidin Kidam yang kontrak masing-masing akan tamat pada Disember 2011.

Turut dicadang tidak dilanjutkan kontrak ialah Naib Presiden Perkhidmatan Pengurusan Unisel, Datuk Latifah Hassan yang tamat pada 1 Ogos lalu.

''Kami (mahasiswa Unisel) menempelak pihak pentadbiran yang tidak matang dan memalukan nama baik universiti dan seluruh warganya.

''Kami dapati kemelut ini telah bermula pada 2009 lagi iaitu ketika Dr. Rosti dilantik menjadi Naib Canselor Unisel, perbalahan dan kepincangan sudah pun berlaku.

''Kesannya menyebabkan kemasukan mahasiswa baru merudum, pentadbiran dan pengurusan yang lembap, pembangunan infrastruktur tidak terjaga, hal-hal akademik tidak diselia dengan baik, kebajikan mahasiswa tidak dijamin dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perarakan membantah pentadbiran Unisel di sini, hari ini.

Muhammed Shahimi berkata, mahasiswa Unisel turut mendesak agar Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr. Halimah Ali bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kemelut yang berlaku ketika ini.

''Kami tuntut agar pelantikan jawatan kuasa senat universiti yang baru harus diputuskan oleh satu jawatankuasa khas yang tidak lagi melalui Exco berkaitan kerana dikhuatiri wujudnya kronisme selain calon yang terpilih tidak memenuhi kriteria tertentu," katanya.

Inilah jadinya apabila Khalid gagap campur adukan pelajaran dengan politik busungnya, pasti ada yang tidak setuju dengan tindakan meroyan nak berkuasa. Kesemuanya nak ditelunjukkan mengikut citarasa tekak Kahlid gagap saja, sehingga dah nak jahanam yayasan Selangor dibuatnya sehingga menanggung defisit sebanyak 7 Juta.

1 comment:

Anonymous said...

Apabila politik dibawa ke dalam pentadbiran mana-mana universiti pun di dunia ini maka kredibiliti dan fungsi menara gading itu sebagai pusat pengkajian dan penyebaran akademik dan keilmuan akan secara langsung terjejas. Sekiranya keadaan ini berterusan Unisel mungkin merupakan universiti awam pertama di Malaysia yang terpaksa ditutup kerana kekurangan kemasukan mahasiswa-mahasiswanya.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...