PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, August 6, 2011

AKHIRNYA AHLI PAKATAN TAHU SIAPA SEBENARNYA ANWAR..!!!



Tindakan pembangkang mencari alternatif Ketua Pembangkang yang baru menunjukkan mereka telah sedar siapa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebenar. Ummi Hafilda Ali berkata, tidak mustahil Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menjadi Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar.

“Tidak mustahil ia berlaku kerana pada pengalaman saya, satu gelombang baru kini wujud dalam pembangkang apabila mereka sebenarnya mahu mencari ketua yang baru,” katanya.

Beliau mengulas desas-desus pembangkang yang cuba 'memikat' Tengku Razaleigh untuk memegang jawatan Ketua Pembangkang bagi menggantikan Anwar seperti yang didedahkan oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, baru-baru ini.

Ummi Hafilda yang juga adik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, beliau sendiri amat terkejut dengan perubahan penyokong pembangkang apabila mereka datang berjumpa dengannya bagi mengetahui sikap Anwar yang sebenar.

“Perkembangan ini saya lihat sebagai satu desakan di peringkat bawah kepada pemimpin di atas supaya mencari pemimpin yang boleh dipercayai,” katanya.

Malah, beliau turut didatangi oleh salah seorang ahli keluarga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu mendengar sendiri cerita daripadanya mengenai Anwar. Sudah tiba masanya bagi Pas ‘meninggalkan’ Anwar memandangkan telah banyak rahsia demi rahsia mengenai Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan skandalnya terbongkar.

Penyokong Pakatan haram PR juga sudah mula muak dengan Anwar yang sentiasa mahu berdolak-dalik dengan isu-isu yang dihadapinya terutama kes liwat yang belum selesai di mahkamah.

Apatah lagi dengan pendedahan kes skandal seks Anwar terbaru yang rakus meratah perempuan cina muda. Gelilah dengar dah tua bangka pun masih tak sedarkan diri lagi..!!!

Pok Nik pun sama je macam Anwar, bersubahat..!!!



No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...