NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Monday, July 4, 2011
TAHNIAH ANWAR, PELANCONG DAH MULA TAKUT DENGAN MALAYSIA
Oleh kerana Anwar teringin sangat menjayakan agenda pehimpunan haram "Bersih" tak lama lagi, tahniah diucapkan kepada Anwar kerana berjaya memupuk perasaan tidak percaya pelancong terhadap Malaysia. Ingin disarankan, usaha pemulihan dan mendapatkan semula kepercayaan pelancong terhadap tahap keselamatan Malaysia bukanlah satu perkara mudah terutama sekiranya berlaku huru-hara di negara ini.
Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen melahirkan rasa bimbang ekoran penganjuran perhimpunan haram "Bersih" Sabtu ini, akan memberi impak negatif terhadap imej negara yang selama ini dianggap aman di mata dunia.
Jika pihak penganjur dan pakatan haram Anwar yang terbabit masih berdegil dan tetap mahu melakukan kekecohan, industri ini bukan sahaja terpaksa menanggung kerugian pada hari tersebut malah beberapa hari selepas itu juga akan terjejas.
Beringatlah wahai rakyat Malaysia, keadaan huru-hara ini bukan mudah untuk kita pulihkan. Bukan enam hari tetapi ia mengambil masa enam bulan untuk kita menarik semula kepercayaan pelancong bahawa Malaysia negara yang selamat untuk dikunjungi, ia akan menyebabkan bukan sahaja pelancong malah 1.2 juta pekerja dalam sektor pelancongan terjejas.
Yen Yen menjelaskan, lebih membimbangkan Malaysia akan turut mengalami kerugian sekurang-kurangnya RM600 juta hasil perbelanjaan para pelancong khususnya dari Asia Barat ke negara ini.
"Angka ini diperolehi sekiranya mereka mengelak daripada berkunjung ke ibu kota pada 8, 9 dan 10 Julai ini kerana bimbangkan faktor keselamatan yang tidak terjamin," katanya lagi.
Menurutnya, pada Julai tahun lalu seramai 2.2 juta pelancong dari Asia Barat melawat Malaysia, sekali gus menyumbang RM6 bilion kepada keuntungan industri pelancongan, ini bermakna secara purata mereka membelanjakan RM200 juta sehari dalam tempoh tersebut.
Sudah tentu pelancong tidak suka pergi ke tempat yang dirasakan tidak selamat yang mendedahkan situasi negatif kepada anak-anak dan keluarga mereka.
Jadi, jika demonstrasi berlangsung ia memberi perspektif bahawa negara ini tidak selamat maka, ia adalah satu ancaman kepada ekonomi negara, demi memuaskan nafsu Anwar yang berkeinginan memerintah negara, agar dapat dibuat semua gejala songsang yang dihadapi di mahkamah berulangkali dengan bebasnya.
Rakyat cuba dijadikan "Keldai" dan "Lembu" untuk menutup semua kelemahannya yang selama ini menjadi hobi seperti makanan untuk hidup seharian...!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Inilah sikap segelintir yang mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan usaha orang lain. Dalang pengedaran filem ini memang sepatut...
-
Memang sepatutnya puak pemfitnah ni seharusnya dikekang dari permulaan lagi, tindakan menyaman mereka ni sepatutnya dilakukan dari dulu la...
-
1. Kerana Anwar, PAS terpaksa kompromi dengan DAP yang akan langkah mayat, kalau undang-undang Islam dilaksanakan. 2. Kerana Anwar, PAS...
-
“Sejak enam bulan lalu, kami penduduk Kampung Sungai Pinang terdedah bau busuk dan bahaya yang berpunca daripada longgokan sampah haram y...
-
Sebab ada masyuk komisyen kot tu pasal nak gantikan Madrasah dengan Komplex Beli-belah. Ada yang masyuk komisyen dan bonus faedah kot, seba...


No comments:
Post a Comment