PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Wednesday, July 20, 2011

NAJIB ADA CARA TERSENDIRI...!!?



Dari awal lagi, ramai menjangka majoriti pengundi Cina belum bersedia menyokong BN dalam pilihan raya atas banyak faktor, yang tidak perlu dihuraikan lagi. Tetapi percayalah Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak ada caranya tersendiri. Beliau tidak nampak tertekan, sebaliknya seperti biasa, tenang.

Apabila beliau mengotakan janji kepada pengundi Cina meskipun tidak menyokong BN, ia adalah cerminan keyakinannya bahawa sokongan kaum itu akan kembali semula kepada kerajaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Najib faham kehendak pelbagai kaum. Beliau adalah Perdana Menteri kepada semua. Pada masa yang sama, sudah tentu beliau menginsafi peranan sebagai Presiden UMNO dalam menjaga kepentingan Melayu.

Peningkatan ketara sokongan masyarakat Melayu adalah isyarat yang Najib tidak akan abaikan, usahlah gundah berlebihan. Lagipun, sentiasa ada jalan keluar termasuk dalam politik, yang semuanya tentu dalam pertimbangan Perdana Menteri.

Mengurus sebuah negara seperti Malaysia terutama pada era pasca pilihan raya umum ke-12, menuntut kebijaksanaan. Realitinya, gelora politik belum reda. Pengkhianat Melayu bermaharajalela dengan menjanjikan bulan dan bintang kepada semua.

Umpama bahtera besar yang jika tidak dilayari dengan cekap oleh nakhodanya, pasti mudah karam. Tanggungjawab itu amat berat terpikul di bahu PM berbanding sesiapa pun. Percayalah, Najib tahu apa yang perlu dilakukan tanpa mengorbankan kepentingan mana-mana kaum apatah lagi kedudukan Melayu yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Beliau arif di mana untuk berkompromi dan di mana tidak. Yakinlah formula Tranformasi Najib pasti akan berhasil. Masa akan membuktikannya.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...