PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, July 30, 2011

KERAJAAN PAS "SARANG" RUMAH URUT DAN PUSAT HIBURAN..!!!



Para penduduk di Taman Sejati Indah, Bandar Puteri Jaya, Taman Nilam, Taman Ria, Taman Aman Jaya dan Taman Arked kesal dengan pertambahan mendadak rumah urut dan pusat hiburan sejak tiga tahun kebelakangan ini sehingga menyebabkan masalah sosial semakin melarat.

Seorang penduduk, Samsudin Abdul Kadir, 61, dari Taman Desa Meranti, berkata, sebelum memerintah negeri ini, Pas begitu lantang menyuarakan isu-isu berkaitan pusat hiburan dan rumah urut. Namun lain pula jadinya.

Apabila memerintah, mereka tidak memainkan peranan sepatutnya malah seolah-olah merestui kewujudan aktiviti judi, rumah urut dan jualan arak yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Seorang lagi penduduk, Jalali Karim, 57, dari Taman Semarak berkata, penduduk juga melahirkan rasa kesal kerana kegiatan tersebut makin berleluasa dan tidak dibendung secara bersungguh-sungguh oleh Kerajaan Pas Kedah, sepatutnya mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sebelum meluluskan permohonan lesen pusat hiburan atau rumah urut dikawasan tersebut.

Penambahan pusat hiburan dan rumah urut adalah penyebab utama masalah sosial semakin melarat di negeri Kedah, khususnya di Sungai Petani. PAS sepatutnya merasa malu apabila orang mengatakan Sungai Petani kini menjadi "Sarang" perbuatan sumbang.

Lebih menyakitkan hati bila pihak penguatkuasa tidak mengambil tindakan tegas menangani masalah ini untuk membendung gejala itu. Penolong Setiausaha Persatuan Penduduk Padang Temusu, Abdul Aziz Abdullah, 46, mendakwa, pusat hiburan termasuk mesin kuda juga dikesan bertambah dalam taman perumahan tertentu di daerah Kuala Muda.

Paling menarik sekali, pengunjung nampaknya tidak perlu bimbang untuk berkunjung ke pusat hiburan seperti itu kerana ia dibenarkan beroperasi secara sah oleh kerajaan negeri. Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir melahirkan kebimbangan terhadap pertambahan jumlah pusat hiburan di Alor Setar dan Sungai Petani sejak kebelakangan ini.

Hairan kita saksikan bagaimana keadaan tersebut boleh berlaku sedangkan kerajaan negeri Kedah ditadbir oleh Pas mendakwa memperjuangkan Agama Islam, sedangkan mereka sering lupa asas perjuangan mereka yang sebelum ini begitu lantang jika isu sebegini disuarakan.

PAS mudah lupa...!!!

4 comments:

Anonymous said...

biasalah beb orang PAS pun ada nafsu kadang-kadang nak dilepaskan juga secara haram kerana lebih syok dari isteri sendiri..OOPS BULU MAH TERSEKAT DEKAT KERONGKONG ABANG. mereka ni juga boleh kahwin mutaah jadi tak salahlah ada rumah urut dan tempat maksiat kerana harai-hari boleh kahwin mutaah. Yasalam Sheikh.

Anonymous said...

Jawapan standard D.azizan: Saya tak dapat maklumat apa-apa kalau ada bawak mai. HA HA HA

Hangpa jangan nak fitnah nooo buat kerja macam orang islam.

Anonymous said...

Satu lagi jawapan dari pak MB ialah "Hangpa tau mana" "Ana pun tak tau" tak tau " pi tanya depa" ..... Ha ha ha ha ha...

WARGA SEBELUM MERDEKA

Anonymous said...

"Hilup pun susah, mati pun susah" Sudah mati pun kena pegang bendela ke......

Kalau dah menang dan boleh memerintah pun masih tak laksana janji-janji dalam manifesto yang lalu, nanti bila kerajaan dah terbalik nak tunai macam mana lagi. bukankah dalah Islam janji mesti ditunaikan. Kalau tak tunai munafik namanya.

Saya nak tengok bangunan Tengku Yaakub menjadi Hotel 5 bintang seperti yang diwar-warkan semasa mula memerintah dahulu.
Yang kedia nak bukti tang mana kawasan bendang telah diteroka semua, juga telah dijanjikan.
Bendang tak boleh lagi ditimbus untuk membina bangunan, Bangunan markas PAS di Langgar bukankah dibuat di atas tanah bendang??????? jawab Mahafuzzzzzzz

warga sebelum merdeka

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...