NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, July 14, 2011
ANWAR SEMAKIN TERDESAK..!!!?
Demi masa depan dan kelangsungan politiknya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat semakin terdesak dan gabra sehingga sanggup menggambarkan kepada negara luar bahawa situasi di Malaysia semakin dekat dengan revolusi.
Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, tindakan Anwar itu bukan sahaja bagi mengalih pandangan rakyat terhadap kes-kes yang sedang dihadapinya malah untuk menonjolkan bahawa beliau akan membawa revolusi ke Malaysia.
Perkataan revolusi yang Anwar sebutkan itu membawa konotasi keganasan dan kekerasan menggunakan pelbagai alat bagi mencapai tujuan-tujuan politik pihak tertentu. Suara majoriti adalah di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan Anwar, beliau hanya mewakili suara minoriti.
Tetapi Anwar sanggup menggunakan istilah revolusi yang sangat bertentangan dengan institusi demokrasi negara, Anwar seharusnya menggunakan Parlimen sebagai medium untuk menyampaikan sesuatu permasalahan bukan melalui cara demonstrasi jalanan. Institusi Parlimenlah yang paling sesuai digunakan oleh Anwar dan pengikutnya jika ingin menyatakan sesuatu.
INI DIA KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH BEKAS-BEKAS POLIS NEGARA : -
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang-terangan menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara. "Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yang mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhianat negara.
Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yang digunakan pihak tersebut dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yang ditinggalkan komunis.
Menurutnya, sejak 1960-an, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yang diguna pakai oleh pihak komunis dan pengikutnya untuk menentang kerajaan.
Dua pendekatan itu adalah Agitasi (agitation) propaganda dan Agitasi politik. Kedua-dua pendekatan ini juga digunakan oleh puak di Malaysia yang mahu jatuhkan kerajaan. Saya tidak mahu menyebut siapa yang menggunakan pendekatan ini, tetapi saya yakin individu itu pasti akan tahu siapa dirinya yang telah melakukan pengkhianatan terhadap negara, tegasnya.
Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad menganggap kenyataan Anwar sebagai satu mimpi yang hanya dirasai oleh beliau yang ingin menjadi pemimpin nombor satu di negara ini. "Kenyataan itu adalah jalan pintas Anwar untuk mencapai cita-citanya tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menghancurkan keamanan yang ada ketika ini.
"Sejak selepas merdeka, Malaysia melalui keamanan secara berterusan sehingga hari ini dan sistem pilihan raya yang ada untuk rakyat memilih kerajaan juga berjalan mengikut jadual," katanya yang juga Pengerusi Yayasan Pengaman Malaysia.
Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1993, Datuk Zulkifli Abdul Rahman pula memberitahu, Anwar perlu dikenakan tindakan bagi menghentikan perbuatannya itu yang melampau.
"Pihak kerajaan juga perlu membuat kenyataan balas secepat mungkin dan memberitahu keadaan sebenar dalam negara. Beritahu bahawa negara kita masih aman dan damai serta kita tidak perlukan individu yang sering memburukkan Malaysia di mata negara lain," ujarnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Oral seks, yang tidak dijumpai secara tegas dalam hadith, menjadi bahasan tersendiri dalam seksologi Islam. Apakah oral seks (seks menggu...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Kenapalah pemikiran orang PAS ni terlalu singkat sangat pemikiran mereka, budak kecil pun lagi cerdik berfikir dari dia orang ni. Tempat...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Dalam 100 kali saranan yang dibuat oleh PAS, baru kali ini la rasanya setuju sangat dengan saranan mereka ni. Pemuda PAS berharap pemantaua...
-
Dua Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub semalam, memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, K...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...


No comments:
Post a Comment