PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, June 16, 2011

POLIS DAPAT PETUNJUK BARU "HACKERS" PENGODAM


Godam: Polis peroleh petunjuk baru penggodam


16/06/2011 8:31pm

Polis telah mendapat petunjuk baru mengenai pihak yang bertanggungjawab menggodam beberapa laman web rasmi kerajaan dan swasta, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu mengganggu siasatan.

"Masih terlalu awal untuk kita dedahkan siapa yang terlibat. Bagaimanapun polis akan terus membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam menyiasat perkara itu.

"Sekiranya siasatan menunjukkan perkara itu berunsur jenayah, kita cadangkan kepada SKMM untuk sekat (laman web itu),” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis penyampaian Cek Tabung Amanah Perwira Pertahanan Negara di Bukit Aman hari ini.

Bernama 

51 Laman Web Kerajaan digodam oleh Anonymous

Semalam, 51 laman web kerajaan (gov.my) telah digodam oleh sekumpulan Hacker, yang menggelar diri mereka Anonymous. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), 41 daripadanya mengalami gangguan pada tahap yang berbeza.

Antara yang mula menerima serangan, cidb.gov.my (6 pm, 15 Jun 2011) walaupun sebelum ini Anonymous menyatakan bahawa serangan hanya akan bermula pada 3.30am 16 Jun 2011. Selain, itu beberapa blog personal dan swasta juga digodam. Antaranya, KRU Studio, Gengblogger dan lain-lain lagi.

Antara Laman Web Kerajaan yang diserang

01. SabahTourism.com – Hacked + leaked
02. Tour Malaysia (Not Tourism Malaysia) – Hacked
03. Tourism Malaysia – Unaffected
04. UiTM Penang – Hacked
05. JBiotech - Hacked
06. Social Welfare Department (Ezi2Care) – Hacked
07. CIDB – Hacked but back up 12:20am
08. Land Public Transport Commision – Hacked but back up 12:15am
09. 1Malaysia – DoS / Switched off 3:45am
10. Malaysian Communications and Multimedia Commission - Unaffected
11. ASEANConnect – DoS / Switched off
12. Malaysian Meteorological Service – DoS / Switched off
13. Ministry of Education – DoS / Switched off
14. Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia – DoS / Switched off
15. Bomba - DoS / Switched off
16. TMNet - Unaffected
17. Perbendaharaan Malaysia - DoS / Switched off
18. Kementerian Kerja Raya Malaysia - DoS / Switched off
19. Parlimen Malaysia – DoS / Switched off
20. Malaysian Treasury – DoS / Switched off
21. University Kebangsaan Malaysia – DoS / Switched off
22. Jobs Malaysia – DoS / Switched off
23. Information, Communications and Culture – DoS / Switched off
24. Human Resouce Ministry – DoS / Switched off 3:59am
25. National Sports Council – DoS / Switched off
26. Polis Diraja Malaysia (PDRM) – DoS / Switched off

1 comment:

~sangkuriang~ said...

Salam...

Blog tuan sudah dipautkan ke blog saya.

http://sangkuriang-malaya.blogspot.com/

Wassalam.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...