PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, June 17, 2011

PAS GAGAL SAMPAI SEKARANG, CAMANA NAK BAGI MEMERINTAH NEGARA..!!?


Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) berpendapat, Pas Kelantan tidak layak menggelar kerajaannya sebagai sebuah kerajaan berkebajikan kerana gagal mengatasi masalah rakyat.

Presidennya, Azmi Ali berkata, kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan kemelut perpindahan kira-kira 300 peniaga Pasar Lama MPKB ke Bazar Tok Guru, menunjukkan kelemahan sistem pentadbiran kerajaan itu.

"Isu Bazar Tok Guru bukan isu besar berbanding masalah pengangguran, isu air dan tanah. Tetapi jika ini pun mereka tidak boleh tangani dengan baik, bayangkanlah, saya rasa rakyat boleh nilai sendiri keupayaan kerajaan itu.


"Kalau Pas betul-betul sebuah kerajaan berkebajikan dan benar-benar ikhlas untuk membantu rakyat, masalah ini tidak menjadi polemik yang berlarutan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan 300 peniaga Pasar Lama MPKB yang terpaksa mengadakan perhimpunan aman di hadapan Istana Balai Besar Isnin lalu bagi memohon campur tangan Sultan Kelantan setelah mendakwa dilayan tidak adil oleh kerajaan negeri dalam isu perpindahan ke Bazar Tok Guru.

Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Lama MPKB, Ab. Salim Ahmad mendakwa, tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menarik balik deposit di Tenaga Nasional Berhad (TNB) supaya bekalan elektrik di pasar itu dipotong, amat zalim.

Azmi berkata, kerajaan negeri sepatutnya memandang serius terhadap isu yang berbangkit memandangkan ia adalah isu rakyat

"Peniaga terlibat juga adalah rakyat yang berhak kepada layanan sama rata dan adil dalam soal kemudahan daripada kerajaan negeri khususnya," katanya.

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...