PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, June 18, 2011

KERAJAAN PAS RAMPAS TANAH LAGI...!!!



Lebih 50 penduduk Kampung Sungai Miak, di sini membantah tindakan kerajaan Pas Kelantan mengambil tanah yang telah mereka usahakan sejak 20 tahun lalu dan memberikannya kepada sebuah syarikat swasta dari Johor untuk ladang kelapa sawit.

Tuan Ibrahim Tuan Soh, 50, berkata, penduduk berharap Nik Aziz Nik Mat dapat campur tangan supaya syarikat itu menghentikan tindakan menebang pokok di tanah seluas 40 hektar yang diusahakan mereka.

Mereka mengharap ada kalangan pemimpin kerajaan negeri dapat datang dan berbincang secara baik untuk mencari jalan penyelesaian supaya penduduk tidak menanggung kerugian besar jelas penduduk.

Mohd Nor Ab Rahman, 53,berkata beliau tidak percaya lagi dengan janji syarikat itu untuk menghentikan kerja menyodok tanah penduduk kerana sebelum ini juga mereka pernah beberapa kali membuat janji seumpama itu, tetapi kerja menyodok diteruskan juga.

"Seboleh-bolehnya penduduk mahu tuntut ganti rugi di atas kemusnahan tanaman berikutan kerja menyodok tanah oleh syarikat terbabit. Selain itu, tanah yang diusahakan penduduk sejak tahun 1990 itu juga hendaklah diserahkan balik supaya dapat mengusahakan semula kebun getah untuk pendapatan masa depan,” katanya.

5 comments:

Anonymous said...

Seronok saya baca artikel ni ,tapi yg paling seronok adalah ayat 'TANAH YG DI USAHAKAN SELAMA 20 TAHUN' sepatutnya ayat tersebut berbunyi 'TANAH KAMI'...Dgn ayat yg di gunakan itu sudah sah tanah tersebut bukan milek mereka jadi apa yg nak di bisingkan.Untuk menegakkan undang undang selaras dgn roh perlembagaan serta rukun negara ,penceroboh/pengusaha tanah tersebut patut di heret ke mahkamah serta di hukum secukup cukupnya sebagai pengajaran supaya tidak meneroka tanah secara haram serta membuat kecoh apabila tanah di bangunkan oleh pemilek sebenar yg berdaftar.Dengan mengambil tindakan tegas akan menjadikan negara kita selamat dan aman dan anak cucu kita tidak akan merana di kemudian hari.Tapi yg peliknya di Malaysia ni yg bersalah di sokong dan yg betul/benar di maki.Kalau nak tolong sangat berilah tanah awak sendiri dan jangan menyusahkan orang lain keran rakyat sudah jelak dgn kes penceroboh haram ni.

Kenn said...

Kalau pencerobohan, tak kanlah dibiarkan berlaku sampai 20 tahun pengusahaan kot?

Macam teroka tanah juga, bertahun-tahun teroka barulah diberi hakmilik...

Kalau selama 20 tahun diusaha tanpa halangan, baru hari ini nak dihalang, agak keterlampauan rasanya..

Kerja kebajikan ke namanya ini?

Anonymous said...

Saudara Kenn..masa bukan penentu kepada pemilekan maupun kebenaran untuk meneroka.Yang salah tetap salah dan jangan cuba menegakkan benang basah.Negara kita ada undang undang nya dan kelewatan mengambil tindakan mungkin di sebabkan beberapa perkara seperti logistik,kekurangan kakaitangan ataupun kurang pengawasan.Cara tuan menyokong penceroboh ni seperti lah tuan mengatakan membunuh itu betul selagi tidak di tangkap....kalaulah macam ni pemikiran,negara kita akan huruhara suatu hari nanti.

Unknown said...

PAS kata nak buat kebajikan, tetapi kenapa rampas tanah...??
kebajikan maknanya rampas tanah ke..??
sekolah mana kau pergi..??
Sekolah Tok Guru kan..???
Sesat sekolah tu...!!!

Kenn said...

Sdr Anon,

Sdr pun agaknya berhutang utk membeli kereta. Kereta tu Sdr punya ke darisegi hakmilik?

Tidak! Walaupun Sdr membawanya balik kerumah dan memandunya setiap hari. Habis hutang baru dapat hakmilik. Tak bayar hutang, kereta kena tarik.

Lebihkurang sama dgn peneroka. Tanah bukan milik dia selagi tidak berjaya diteroka sepenuhnya.

Setelah 20 tahun berusaha, tiba2 hari ni nak rampas adalah suatu tindakan yg tidak berhati perut. Sekurang2nya naluri manusia di mahkamah akan menimbangkan usaha 20 tahun itu, bukan TERUS MERAMPAS.

Saya tidak rasa dia menceroboh. Kalau menceroboh, tak kan sampai dia berusaha 20 tahun. Tahun pertama menceroboh sudah diambil tindakan, sekiranya benar menceroboh.

Jgn kita terlalu kejam, berfikiran 'kebajikan' adalah lebih dituntut.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...