NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Saturday, June 18, 2011
50,000 BEKAS POLIS TERIMA IMBUHAN KERAJAAN
Seramai 50,000 bekas anggota polis di seluruh negara yang berkhidmat di zaman darurat bakal menerima imbuhan daripada kerajaan.
Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia, Shafie Bakri berkata, imbuhan itu merupakan usaha bagi menjaga kebajikan bekas polis yang berkhidmat semasa darurat dari tahun 1948 hingga 1960 di Tanah Melayu dan 1962 hingga 1974 di Sabah dan Sarawak.
"Perjanjian persefahaman telah dibuat bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mana kami mencadangkan beberapa imbuhan buat bekas anggota polis ini," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Ke-35 Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Melaka di Dewan Hang Tuah, Jalan Hang Tuah di sini, hari ini.
Shafie berkata, antara cadangan yang diberikan adalah sumbangan ihsan untuk bekas anggota polis itu.
"Bekas anggota polis ini tidak memiliki pencen ataupun sebarang imbuhan disebabkan pada zaman pelantikan mereka, ia diadakan secara adhock atau beramai-ramai dan syarat pelantikan pada ketika itu tidak diterangkan," katanya.
Shafie berkata, cadangan lain seperti Pingat Jasa Pasukan Polis bagi bekas anggota polis dan juga anggota polis yang masih berkhidmat.
"Pingat ini bertujuan mengenang jasa baik bekas anggota polis yang berkhidmat di zaman darurat dan juga anggota polis yang masih lagi berkhidmat yang telah banyak berkorban demi mempertahankan negara," katanya.
Selain itu, Persatuan Bekas Polis Malaysia turut mencadangkan agar bahagian hal ehwal bekas polis dinaik taraf menjadi jabatan hal ehwal veteran bekas polis bagi menjaga kebajikan bekas anggota polis.
"Harapan kami dengan adanya jabatan ini, ia akan membuat bajet sama seperti peranan Jabatan Hal Ehwal Bekas Tentera dalam membela kebajikan bekas polis di seluruh negara," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Jika kita dengarkan pengakuan 11 doktor yang cuba bersekongkol dengan kumpulan perhimpunan haram jadah bersih, mereka mengatakan pihak pol...
-
Oleh kerana terdesak kerana didesak memberikan darah atau DNA yang diperintahkan mahkamah, Anwar dah bersedia nak menghilangkan diri a...
-
Sekarang dah nampak terserlah lah perangai buruk Ketua Pemuda UMNO Kapar ni, kerana tak dapat keuntungan berniaga pasir maka bertindak ke...
-
Berikut merupakan kenyataan itu, Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin yang dimaksudkan oleh Raja Petra Kamarudin adalah seorang pegawai ...
-
Ustaz ulama politik ni pandai cakap rupanya, tetapi seandainya Tok Ustaz lupa kejadian di Selangor berkaitan arak dan judi. Kerajaan Pa...
-
Rakaman video durasi 20 minit sukar dipalsukan, kata pengarah dan penerbit filem, Yusry Abdul Halim. Bagaimanapun, menurutnya ia juga b...
-
Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain menyifatkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri ke...
-
Inilah gambar dizaman Ago-go dulu, lebih rock dan kacak merambu. Asal usul seorang ulama politik pemimpin Kelantan, bukan apa, janganla...


No comments:
Post a Comment