PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, June 18, 2011

ANAK PEREMPUAN NAJIB BERTUNANG


Anak Perempuan Najib, Nooryana Najwa, Bertunang Dengan Daniyar Nazarbayev

Nooryana Najwa, anak perempuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, secara rasmi bertunang dengan Daniyar Nazarbayev dalam satu majlis di Seri Perdana, Putrajaya Jumaat malam.

Majlis pertunangan pasangan itu diserikan dengan kehadiran keluarga serta rakan mereka, selain orang kenamaan dari Malaysia dan luar negara.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berkenan menghadiri majlis itu.

Yang turut berangkat ialah Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Hajah Kalsom; Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah dan Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Tun Abdullah Badawi, menteri kabinet, timbalan menteri serta pegawai kanan kerajaan pusat dan negeri.

Hadir sama ibu Najib, Tun Hajah Rahah Tan Sri Mohamad Noah.

Kenamaan asing yang hadir termasuk Putera Mahkota Abu Dhabi Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan dan isteri Sheikha Salam binti Hamdan Al Nahyan, serta Pengerusi Medina Council Putera Saud bin Abdulaziz Al-Saud.

Nooryana Najwa, 22, merupakan lulusan School of Foreign Service, Universiti Georgetown, Amerika Syarikat sementara Daniyar, 22, menamatkan pengajian di Universiti Columbia, New York.

Pasangan itu bertemu ketika menuntut di Amerika Syarikat.

- BERNAMA

3 comments:

Wake UP! said...

Mesti lelaki Melayu frust menonggeng.

Anonymous said...

itu yang anak dgn rosmah.

muna anak dgn ku yi bila nak tetapkan hari kahwin?

itu lagi dulu mintak masa bapak, dan lebih tua.

Anonymous said...

ye ke, anak Azmin tu bukan anak AnuWar ke..??

Bukan Azmin je kena ronggeng, isteri Azmin pun kena dengan PORNO..??

Ye la aku dengar Azmin dan isterinya mendapat habuan dari Porno, katil yang bernilai 7 ribu..??

Mesti sedap ronggeng kat katil 7k tu kan..??

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...