PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, May 24, 2011

ROCK KAMIKAZE KE BRUTAL IMPORNO..!!?

Peminat seni tanahair dikejutkan dengan perubahan Sham Kamikaze bekas pemain gitar utama Kamikaze apabila video berdurasi 12:42 beliau bercerita tentang pengalamannya mendapat hidayah mula dimuat turun di blog dan juga laman Facebook tempatan.

Sham juga turut meletakkan jawatannya sebagai pensyarah di sebuah universiti tempatan selepas melakukan perubahan tersebut.

Beliau pernah mencapai pengiktirafan yang diidamkan apabila album Kontroversi memenangi Anugerah Album Rock Terbaik di AIM 2001.

Disamping itu juga, Sham kerap mengiringi persembahan artis artis ternama seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, Syafinaz dan bintang Akademi Fantasia baik di pertunjukan dan persembahan terbuka mahupun di stesen stesen TV.

Antara tugasan yang pernah di pikul termasuklah sebagai Pengarah Muzik untuk program konsert terbitan Astro iaitu Dari Studio Satu Anugerah Seri Angkasa 2006, Konsert Misi Suara Hati dan Konsert Akhir AF3.

4 comments:

Anonymous said...

org nak berubah pun nak kecoh-kecoh.. sebaik-baiknya sham dapat jugak hidayah tuhan.. kita ni ntah ada ntah tidak, berdoa jauh sekali ngan org memang sebati, itulah rahmat allah, yg baik akan lebih baik dan yg jahat tak akan kekal jahat,moga kita juga diberi rahmat dan ditunjukan jalan yang lurus, insyaallah.

Unknown said...

maksud kau kalau nak berubah kena bagitau satu dunia ke? nak sembahyang pun nak kena bagi tau orang ke? Cikgu mana ajar kau ni tentang agama islam? Tok guru Nik Aziz ke?

keris said...

benda yg baik wajib di hebahkan ngokk!ciku ko sape??ni xde kena mengena ngan nik aziz pun...hingusan

Anonymous said...

Betul tu en keris. Didalam Al-Quran pun ada menyeru kita promote perkara2 yg baik supaya menjadi contoh dan teladan. KL Boyz kene byk belajar dan memahami Islam yg sumur. Sesungguhnya Allah lah yg memberi hidayah kepada sesiapa saja yg dikehendaki dan golongan2 yg sesat itu termasuk dalam golongan yg rugi.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...