NETWORKEDBLOGS
BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA
Thursday, May 19, 2011
PKR AKAN KEKAL HARAM...!!!
Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13, Parti Keadilan Rakyat (PKR) - komponen Pakatan Rakyat, berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran, dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu.
Difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan (RoS) awal bulan ini.
“Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini, saya tak pasti tarikhnya,” kata sumber. Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS, PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan parti itu, yang ditubuhkan April 1999.
Bagaimanapun katanya, PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya. Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini.
“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini, tunggu sidang media nanti,” katanya lagi. PKR, yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional (Keadilan) ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian.
Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi, yang turut menyaksikan masalah dan aduan.
Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu.
Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat, di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri, keluar atau melompat parti.
Dalam pada itu, satu lagi sumber berkata, RoS mengeluarkan surat amaran itu pada 9 Mei lalu dengan merujuk kepada satu kes pemecatan membabitkan bekas ahlinya yang bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau di Kedah awal 2009.
Difahamkan RoS bertindak atas aduan berkaitan dengan pemecatan A. Rajagopal di mana PKR didakwa telah melanggar Fasal 32.2.1 perlembagaannya. Aduan itu mendakwa Rajagopal dipecat tanpa siasatan yang sewajarnya.
Penganalisis dan pemerharti melihat tindakan ini sesuatu mengejutkan kerana diambil ketika desas-desus mengatakan pilihan raya umum ke-13 akan diadakan dalam waktu terdekat.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu diperintah membela diri berhubung tuduhan meliwat bekas pembantunya. Selain itu beliau juga kini berhadapan dengan pendedahan rakaman video seks yang dibawa “Datuk T” Mac lalu.
Bagaimanapun Anwar telah menafikan dengan keras dakwaan menerusi pendedahan itu, walaupun terdapat bukti mengatakan beliau terlibat dengan aksi video lucah tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Dalam pada masa berlegar-legar di sekitar demontrasi mahasewel robot belaan Anwar untuk menghidupkan nyawanya, terjumpa pulak binatang ala...
-
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Pulau Pinang hari ini membuat 25 laporan polis berhubung kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan...
-
Oral seks, yang tidak dijumpai secara tegas dalam hadith, menjadi bahasan tersendiri dalam seksologi Islam. Apakah oral seks (seks menggu...
-
Kak Wan termengah-mengah bila tengok video PART 3 ni, sebab bab yang ni paling menyakitkan hatinya. Dipertahankan Anwar sari pelbagai su...
-
Hospital Besar Tengku Mizan telah dirasmikan oleh Agong dan Najib memang tesergam indah, begitu luas dan besar kawasan telah digunapakai u...
-
Mereka tahu bakal dijemput ajal pada bila-bila masa kerana disahkan menghidap Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (Aids) atau menjadi pembaw...
-
Dua Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub semalam, memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, K...
-
Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional menggesa kerajaan untuk menunaikan manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) untuk mengurangk...
-
Dalam 100 kali saranan yang dibuat oleh PAS, baru kali ini la rasanya setuju sangat dengan saranan mereka ni. Pemuda PAS berharap pemantaua...
-
Kenapalah pemikiran orang PAS ni terlalu singkat sangat pemikiran mereka, budak kecil pun lagi cerdik berfikir dari dia orang ni. Tempat...


1 comment:
Doa2 rakyat teraniaya mungkin dimakbulkan,PKR leh gali lubang kubur dulu sementara dikapankan oleh ROS mahupun rakyat sendiri
Post a Comment