Keyakinan pengundi daripada kalangan keturunan India dan Cina di Kedah terhadap Barisan Nasional (BN) dilihat semakin meningkat dan ini merupakan petanda baik bagi BN untuk menawan semula Kedah daripada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.
Pengerusi BN Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata BN kini lebih optimis dan mendapat sokongan padu daripada para pemimpin parti komponen BN seperti MIC dan Barisan Kemajuan India Semalaysia (IPF).
"Berpandukan kepada kehadiran anggota-anggota dan penyokong parti IPF di sini hari ini, jelas mempamerkan semakin ramai khususnya warga berketurunan India beralih haluan menyokong kepimpinan BN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pesta Hiburan 2011 anjuran Parti IPF Padang Serai di sini Isnin.
Hadir sama pada majlis yang disertai hampir 500 penyokong BN itu ialah Presiden IPF, M. Sambantan, Pengerusi IPF Kedah, S. Velu, Pengerusi Perhubungan MIC Kedah, S. Ananthan dan Penyelaras Parlimen Padang Serai Dr Chin Tung Leong.
Seramai 200 orang ibu tunggal dan warga emas pelbagai kaum dari sekitar kawasan Parlimen Padang Serai menerima sumbangan barang keperluan dapur di majlis itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TOP HOT ARTIKEL
-
Petikan dari risalah ini yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tajuk : MALAYSIA, RAKYAT CINA, DAP DAN SELURUHNYA Rencana ini akan ...
-
Inilah sebab kedua kenapa undi cina berubah kepada pihak pembangkang, seumpama duri dalam daging..!!! Membinasakan undi di pihak sendir...
-
Mari kita tenangkan hati hari ini, kita dendangkan lagu buat puak Macai PR yang sedang berduka, menangis meratapi kematian Demokrasi kat...
-
Pagi petang siang malam duk menyalak tentang undi popular, puak PR ni ingat undi Maha Raja Lawak ke..?? Tapi kita layankan juga otak sem...
-
Pakatan Rakyat: Cerita Pasal Kebodohan, mari kita bincang pasal kebodohan macai PR pula. 1. tak percaya keputusan pilihanraya? abah ko...
-
"Ini dia kerja 3 Abdul dari PKR Bayan Baru, Ahli Majlis TAN SENG KEET intim dengan KAROLIN (Malaysia kini) Naib Pengerusi Wanita Ta...
-
ANWAR BERSAMA SHAMSIDAR DI DALAM KERETA....??? TARIKH : 15 APRIL 2012 MASA : 20:29 Inilah buktinya yang Anwar pun sental semuanya, t...
-
Sekarang kuasanya diperbesarkan lagi kepala mereka oleh pengampu terkuat dalam gabungan parti tak cukup syarat Pakatan PR. Pas rela diperku...
-
HARAM bagi orang Melayu yang menyokong Parti Khafir Harbi ini. Jika mereka menang pada Pilihan Raya ke13 nanti, maknanya orang2 Melayu me...
-
Baru sekarang kita akan tahu mengapakah Melayu menyertai DAP, ini semuanya kerana inginkan kebebasan agaknya. Persoalannya sekarang, kenap...


3 comments:
Apa apa pun..pemimpin Umno Kedah harus perbaiki diri mereka....Ingat dulu rakyat tolak bukan kerana suka pembangkang tapi perangai orang Umno yg membuat Umno tersunat....Lagi satu..KJ jangan diberi tapak langsung di Kedah.... Ingat tu saki baki pemuda... cukup cukuplah..pergi sambung study di UUM tu..baru dapat cari imbuhan yang lumayan lagi halal...dan berkat sekeluarga..dan Rakyat am nya..
HPerancis
salam 1Malaysia, bagus artikel dalam blog anda. saya mengikuti blog anda. dapat lah kiranya anda mengikuti blog saya utk sama sama menambah informasi http://komesokmo.blogspot.com tkasih
Aku org Kedah. Kalau kat padang bola tempat aku main d Ldg Tye Eng dan Sg Tok Pawang, begitu juga Bkt Selambau. Jgn sesekali pakai baju free tulis BN, sure kena kutuk kaw2 punya. Dah tu nak kata Cina India nak bagi undi sama BN? Ingat yg masuk UMNO tu saja suka2 ke. Kalau tak kerana ada hajat tobat lahum sapa pun tak hingin. Tanya la diri sendiri.
Post a Comment