PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Saturday, April 23, 2011

PAS DAH MULA MENGKAJI VIDEO SEKS ANWAR








Parti PAS dah mula nak menunjukkan taringnya dengan mula mengkaji video seks yang dikaitkan dengan Anwar, ketua Pembangkang mereka. PAS telah pun menyatakan pendirian mereka bahawa jikalau Anwar didapati bersalah, PAS akan berbincang antara mereka untuk langkah seterusnya tindakan yang akan diambil terhadap ketua Pembangkang mereka, Anwar.

Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali mengatakan "Kalau bukan Anwar bagaimana..?? Tetapi jikalau terbukti Anwarlah sipelakunya, barulah kita nyatakan pedirian kita nanti". Apabila diajukan soalan terhadap desakan supaya Anwar melakukan sumpah laknat bagi menafikan penglibatannya dalam video seks itu, katanya ia tidak perlu kerana ia boleh dibicarakan mengikut undang-undang yang sedia ada, ujarnya lagi.

Kalau nak mengikut undang-undang, PAS menyatakan perlu ada 4 saksi semasa kejadian seks berlaku. Ada tak PAS ni ingat, dah tentu dimasa tu Anwar akan pasang berapa banyak BodyGuard nak lindungi dia siap dengan CCTV untuk memantau keadaan.

Maknanya, kalau lalat masuk pun mereka boleh tahu, inikan manusia. Dah tentu lah dibuat rakaman sebegini untuk membongkar pekong seks Anwar, untuk dilihat oleh mata kepala rakyat sendiri yang Anwar ni sebenarnya didepan lain, dibelakang buat benda lain.

Sekarang nak 4 saksi..?? Setelah video seks 1:47 minit dibongkarkan dan telah disaksikan oleh sekelian rakyat, agaknya dah berapa banyak saksi dah menyaksikan aksi si Pelaku seks yang telah dirakam dalam video itu..??

Dah tentu dah berjuta orang menonton video tersebut, sekarang dah lebih dari 4 saksi. Berjuta rakyat dah pun menyaksikan tingkah laku Anwar, cuma nak kan pengesahan dari pihak berkuasa dan dibawa ke mahkamah je sekarang.

PAS pun dah menyatakan pendirian mereka seakan gusar dan semakin risau melihat aksi dan tingkah laku Anwar, ketua Pembangkang mereka.

Kita lihat saja, apabila pihak Polis membuat pengumuman tentang si pelaku aksi video seks yang akan diumumkan nanti. Kita saksikan apa akan jadi pada PAS, adakah PAS akan meroyan marah ataupun masih menyokong sipelaku video seks..!!?

4 comments:

Anonymous said...

4 saksi tu helah pas ja. kalau tak ada 4 saksi sumpah laknat bolih digunakan untuk membuktikan kebenaran. sila rujuk kitab induk karangan imam syafie bab sumpah dan saksi, kita ni ada banyak di malaysia. bolih lah kita tambah ilmu dengan membaca kitab seperti ini agar dengan bacaan ini kita dapat melihat betapa adilnya allah dalam mengatur perlaksanaan hukum kepada hambanya. maknanya walaupun tiada empat saksi tetapi kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan. selamat membaca.

Mohd said...

Yang jelas Anwar akan menyokong puak Erdogan dlm PAS dgn wang ringgit. Anwar dan DAP sangat takut jika puak Ulamak menang besar dan melenyapkan puak Erdogan dlm PAS. Sebab puak Ulamak dah celik mata dan rata2 tidak lagi menyokong si Peliwat dan Penzina. Buat apa menyokong dan bersubahat. Orang lain yg dapat nikmat seksnya, orang lain pula turut tumpang berdosa kerana bersubahat.
Tengok aje kes ADUN Perupok dan ADUN Selingsing balun bini orang. PAS diam aje. Tanda bersubahatlah tu. Dgn kata mudah PAS adalah berdosa, sanggup?
Tapi kita semua tahu PAS ni jenis yg tak takut akan halal haram dan dosa. Lihat saja bagaimana PAS telah songlap duit Dana Memali utk anak2 yatim. Kan dosa besar tu memakan duit anak yatim? PAS telah cuba menutup kemungkaran itu dan secara terang dah berdosa kerana bersubahat dgn lebai2 yg telah balun duit itu. Inilah contoh lagi bagaimana PAS sanggup tanggung dosa bersama orang lain
Kalau ini semua bukan bodoh, apakah dia?
Melayu mudah lupa ????????????????

Anonymous said...

Satu contoh pendapat yang amat janggal dan bodoh.. sy percaya orng yg hantar komen ni tk lulus spm... orang yang mendakwa / fitnah perlu 4 saksi dalam pertuduhan seperti ini..... tetapi DT 'eskay' da cukup bukti kerana video tu da ditayang dan dilihat oleh beribu2 orang kononnya sebagai saksi dsai melakukan lucah spt itu...punyalah bodoh dan sempitnya fikiran....

Anonymous said...

Kalau bukti video tak dapat digunakan maka company yg jual cctv boleh bungkus...kita tengok kat rumah atau pejabat depa-depa yang berkenaan ada tak CCTV...

Dan boleh la sapa-sapa pergi mencuri kat mana-mana tempat walaupun ada CCTV...muka si pencuri dalam CCTV tak boleh di bawa masuk kira...

Cuma anwar memang pandai and hebat...tapi pepatah melayu 'setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua' memang selalunya tepat...tunggu dan lihat saja nanti.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...