PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, April 24, 2011

AC MIZAL DAN MAMAT KHALID SERTAI UMNO







Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini mencetuskan trend positif apabila semakin ramai rakyat terutamanya dalam Parlimen Ipoh Barat menyertai parti keramat orang Melayu iaitu UMNO.

Terbaru, pengarah kelahiran Perak, Mamat Khalid yang terkenal dengan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah dan ahli perniagaan yang juga artis, Datuk AC Mizal dan isterinya, Datin Emylia Rosnaida turut mengambil keputusan menyertai UMNO.

Exco Kanan negeri merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata, UMNO adalah parti keramat orang Melayu kerana tiada parti lain selain UMNO yang mampu membela nasib orang Melayu dari segi agama, bangsa dan tanahair sejak dahulu, kini dan selama-lamanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Jom Sertai Umno adalah anjuran Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat, diketuai oleh Syamsul Baharin Putra yang berlangsung di Restoran Simpang Tiga Greentown Square, malam tadi.

Kira-kira 500 ahli baru turut diterima masuk menyertai UMNO pada majlis itu yang disempurnakan oleh Hamidah yang juga merupakan Adun Sungai Rapat.

Dalam perkembangan sama, Hamidah menjelaskan, selepas pilihanraya negeri Sarawak, UMNO menerima banyak permintaan terutamanya daripada orang muda yang berminat untuk menyertai parti berkenaan.

Perkembangan itu katanya, amat dialu-alukan oleh UMNO kerana dalam situasi hari ini, orang Melayu perlu bersatu demi mempertahankan hak mereka di bumi Malaysia.

“Orang muda juga amat diperlukan sebagai pelapis untuk menggantikan pemimpin yang sedia ada apabila tiba masanya kelak,” katanya lagi.

Menurutnya, keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang memihak kepada BN antara faktor utama yang menimbulkan kesedaran kepada orang muda untuk menyertai UMNO dan beliau menjangka lebih ramai akan menyertai parti terbabit selepas ini.

Sementara itu, AC Mizal yang ditemui pengamal media sejurus program selesai berkata, beliau bersedia untuk membantu UMNO memenangi pilihanraya umum ke 13.

“Saya bukan masuk UMNO untuk menjadi ahli sahaja tetapi saya juga bersedia membantu jentera UMNO untuk menarik lebih ramai ahli baru masuk ke dalam parti ini dan sama-sama bergiat cergas,” katanya.

1 comment:

sEmut said...

Sementara itu, Pengarah filem Hantu Mak Limah Balik Rumah, Mamat Khalid yang turut berada pada majlis itu berkata beliau datang untuk memberi sokongan kepada rakannya. - bernama

takde cakap dia join umno pun?
http://semutmalaysia.blogspot.com/2011/04/ac-mizal-dan-mamat-khalid-join-umno.html

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...