PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, March 20, 2011

PAKATAN PR MEMANG SELALU MUNGKIR JANJI





KUALA NERANG - Slogan ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’ yang diguna pakai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) perlu digugurkan kerana kegagalan mereka memenuhi janji manifesto yang dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak perlu menunggu sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)

Kedah bulan depan untuk melengahkan penjelasan kerana Kerajaan Negeri terbukti mengingkari janji manifesto dengan melaksanakan kutipan cukai pintu di pekan-pekan kecil.

“Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila penduduk kampung yang terletak berdekatan pekan kecil kini berasa terbeban disebabkan terpaksa membayar cukai pintu lebih kurang RM50 hingga RM60 setiap rumah bermula tahun ini.

“Saya hairan Kerajaan Negeri boleh mendakwa hampir 80.7 peratus janji manifesto terlaksana, sedangkan pelaksanaan cukai pintu itu membuktikan mereka memungkiri janji mereka sendiri,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

Mahdzir berkata, walaupun pembohongan Kerajaan Negeri berhubung isu pelaksanaan janji manifesto sudah terbukti, beliau bersedia mendengar penjelasan Azizan mengenainya di dalam sidang dewan.

“Sebenarnya, saya sudah pun menyiapkan beberapa soalan berhubung perkara itu untuk dijawab Azizan. Kini tunggu dan lihat apa yang hendak dibuat,” katanya.    

- PETIKAN SINAR HARIAN


ULASAN KL BOYZ

Masa Pakatan PR melaung janji manis memanglah senang tetapi nak menunaikannya, liat betul. Mengata orang lain memanglah sedap apabila kena batang hidung mereka sendiri, baru padan muka.

Kena lak MB Azizan yang marah apabila kebenaran terserlah dan ditunjukan kepadanya, mengamuk diperkarangan mahkamah. Tak profesional langsung, tak dapat nak mengawal kemarahan dan memekik melolong memarahi orang lain.

Sepatutnya jadi MB ni kena banyak bersabar dan tunjukkan sikap terbuka yang boleh menerima kritikan yang ditujukan terhadapnya.

Ini tidak, mengamuk tak tentu arah..!!! Macamana nak berfikir dengan betul dan bernas jika asyik memaki-hamun orang lain...!!?

No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...