PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Sunday, March 20, 2011

GELOMBANG MERAH DARUL AMAN - MASA UNTUK BERUBAH







Tahun 2008 menyaksikan kejatuhan negeri Kedah ketangan Anwar dan Kroninya Pakatan PR, dipercayai berpunca daripada pucuk pimpinan Kerajaan yang lemah dan tidak mesra rakyat.

Sikap iri hati serta berpuak dikalangan ahli UMNO Kedah membuatkan mereka terus terlena dibuai impian masing-masing, lebih-lebih lagi sikap kepimpinan UMNO yang menghina dan tidak menghormati Tun Mahathir, Mantan Perdana Menteri Malaysia.

Menyebabkan rakyat marah dan tidak berpuas hati, sebagai tanda memprotes BN ditumbangkan di Kedah. Kemudian bermulalah Kerajaan PAS yang membawa padah lebih buruk kepada rakyat Kedah, kepimpinan PAS Kedah takda baiknya daripada Kerajaan yang lemah pada ketika itu.

Dimana pemimpinnya samada tidak pernah tahu apa pun atau melenting bila kebenaran terserlah, dan kekal sebagai permainan puak Pakatan bersama Anwar yang penuh segala tipu daya agar rakyat terus meyokongnya.

Dibawah pentadbiran Menteri Besar yang baru, Azizan dan Exconya yang digelarnya "Golongan Profesional" walaupun mereka banyak menghabiskan masa bermain golf dan melepak di Kelab Diraja Kedah.

Sehingga ada diantara mereka membatalkan aktiviti-aktiviti sosial dan keagamaan dikawasan kampung dengan alasan "Bermesyuarat", sebaliknya hanya untuk bermain golf.

Namun dibawah pentadbiran mereka yang menyaksikan Kampung Orang Islam Melayu dirobohkan tanpa apa-apa penanguhan,dan akhirnya sebuah pusat memproses daging babi haram dirobohkan setelah berkali-kali ditangguhkan oleh pihak MB Azizan.

Kerajaan PAS telah menjanjikan sebuah tapak baru untuk menggantikan pusat memproses babi haram yang telah dirobohkan itu. Kemungkinan besar pula dikawasan Kampung Orang Islam Melayu yang dirobohkan tanpa penangguhan sebelum itu.

Adakah Kerajaan PAS lebih mementingkan babi daripada orang Islam Melayu..??

Sekarang walupun Kedah kaya dengan simpanan air sehingga boleh membekalkan Perlis dan Pulau Pinang, mengapa kualiti bekalan dan perkhidmatan air jatuh apabila PAS mengambil alih Kedah..??

Sehingga banyak kawasan di Kedah samada tekanan air yang begitu rendah ataupun terputus sama sekali. Satu-satunya yang naik adalah tarif bekalan air yang naik diantara 25 hingga 45 peratus, walaupun selalu mencanang Pakatan PAS PR sebagai sebuah parti Islam dan memperjuangkan hak rakyat.

Contohnya di Selangor, satu negeri diajak berdemo kerana tarif bekalan air naik, padahal mereka lebih teruk mempermainkan rakyat dalam isu bekalan air.

Tetapi sekarang semua orang dah tahu parti PAS akur dan tunduk menyembah Anwar dan DAP, sebab itulah mereka banyak kalah dalam majoriti undian ketiga-tiga Pilihanraya kecil yang diadakan baru-baru ni.

PAS kini hanyalah sebuah "BONEKA" parti melayu yang menyokong sosialisma dan pluralisma, mungkin sebab itulah Kerajaan PAS banyak meluluskan permit pusat karaoke yang baru.

Soalannya sekarang, sejauh manakah pembangunan Kedah berkembang selepas 3 tahun pemerintahan PAS..??

Jawapannya Selepas 3 tahun pemerintahan pas yang dipenuhi kegagalan, rakyat Kedah Darul Aman kini mula bangkit dengan Gelombang Merah untuk merubah nasib masa depan mereka dan negri Kedah, untuk memastikan Kedah tidak lagi dihancurkan oleh puak-puak pas dan pakatan rakyat.

Kita saksikan video ini untuk perkembangan lanjut...


4 comments:

sgray said...

'Kan dah ada pepatah Melayu..Air dicincang takkan putus..ALLAH juga melarang musnahkan silatulrahim'

Napalah bangang sangat sesetengah Melayu nie! dah diperingatkan pun tak mahu ambil iktibar..pepatah orang tua tu 'tak lapuk di hujan dan lekang dek matahari.

Janganlah kerana nyamuk kelambu dan rumah lak kita musnahkan..akhirnya anak cucu merempat dan dihina.Jadikanlah PENANG tu sebagai iktibar..kalau masih leh fikir dan lihatlah..

Iblis bertopeng manusia ramai la nie..berhati2 lah kita hendaknya.

wallahuwa'lam.

Anonymous said...

Cantas je orang2 Muhkriz di Umno Kedah tu!
Buat porak-peranda je agenda Umno menjaga jasa baik kerja mantan MB dulu...

~ AJK Umno Sg Tiang

Pok Ngah Ajis said...

Anon 6:25..mana hang tau mantan MB tu dah buat kerja baik...Hampa AJK Sungai Tiang ni ahli UMNO tulen ka...

Ni aku nak habak mai..Mantan MB hang hanya baguih pada konco-konconya termasuklah KJ dengan Pak Lah sbb tu kekai...tapi siMukriz hampa lempaq pi Air Hitam yg memang UMNO susah nak menang...tapi dia menang...hampa terkedu sebab orang yg geng hampa nak "ting" tetiba menang...

Apa jasa MB hang pada Kedah.???..semua yg dia follow dan kekal dikedah ni tu bekas MB lama siMan Arop..kawan baik bapak siMukriz....yg rencanakan bersama idea Tun...

Apakah Rozai kuat...sampai Pendang boleh menang...apakah Soray kuat...dapat tahan gelombang PRU12....tapi kawan ni PRU 13...orang diluar UMNO lebih cerdik dari ahli UMNO yang bengong dan asyik cantas mencantas..termasuklah AJK Sungai Tiang yg dah sedia mencantas...

Hidup Mukriz dan bawakan agenda baru..UMNO tulen..keluarkan ahli UMNO yg dah sezen dan x berdayu maju....

Anonymous said...

Dulu masa mola pegang MB ada cadangan nak teroka lebih banyak tanah untuk dibuat sawah padi, tang kampong mana pun tak tau, tapi sampai hari ni dah berapa banyak tanah yang diteroka menjadi bendang, yang dok kambus bendang lagi ada, lagi satu bangunan tunku Yaakub nak dijadikan HOTEL *****, tapi aku tengok dok macam tu jugak la.Cakap tak segupa bikin. Mari kita ubah pulak kali ni.

There was an error in this gadget

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...