Dua puluh tahun dahinya tidak pernah mencecah sejadah dan kehidupan dipenuhi maksiat, namun program khas anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) baru-baru ini membuka pintu hati seorang mak nyah untuk bertaubat dengan harapan mampu kembali menjadi lelaki normal.
“Hampir 20 tahun saya tidak pernah menunaikan solat, menyebabkan cara wuduk dan banyak bacaan dalam sembahyang saya terlupa. “Selepas menyertai kursus ini, saya semakin insaf terhadap kesilapan lampau dan banyak mempelajari ilmu agama untuk memulakan hidup baru sebagai lelaki sejati,” katanya hanya mahu dikenali sebagai Shasa, 35.
Menurutnya, biarpun sekian lama menjalani hidup sebagai mak nyah dengan penampilan lebih 95 peratus seperti perempuan, namun jauh di sudut hati dia sedar tidak boleh meneruskan kehidupan sebegitu hingga ke akhir hayat.
“Sebab itulah bila dapat tahu Jakim menganjurkan program seperti ini, saya tidak melepaskan peluang untuk menyertainya kerana saya memang ingin meninggalkan kehidupan sebagai mak nyah yang penuh dengan dosa,” katanya.
Rakannya yang hanya mahu dikenali sebagai Sayang, 30, pula berkata, dia baru menjalani pembedahan implan payudara, namun secara tiba-tiba terbuka pintu hati untuk menyertai 16 `rakan sejenisnya’ dalam program pemulihan itu.
“Saya baru beberapa hari pulang ke tanah air selepas melakukan pembedahan implan payudara dan hidung di Thailand, namun saya terpanggil untuk menyertai program ini apabila mengetahuinya melalui kawan-kawan.
“Saya sendiri tidak pasti mengapa membuat keputusan ini. Mungkin Allah membuka pintu hati untuk saya kembali ke pangkal jalan dan bersyukur di atas hidayah-Nya,” katanya.
Menurutnya, selepas menjalani pengisian program anjuran Jakim itu, hatinya begitu tersentuh dan insaf terhadap perjalanan hidupnya selama ini jauh terpesong daripada landasan Islam.
Program selama tiga hari di sebuah lokasi rahsia di Jelebu, Negeri Sembilan itu dihadiri 17 mak nyah dan ia diisi dengan pelbagai aktiviti termasuk kuliah agama, kaunseling, latihan lasak serta bimbingan kerjaya supaya mereka dapat kembali ke pangkuan masyarakat dan hidup sebagai lelaki normal.
Ketua Penolong Pengarah Sosial Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai berkata, program itu diatur rapi sejak dua bulan lalu dan ia dilaksanakan dengan kerjasama Majlis Aids Malaysia serta Majlis Agama Islam Selangor (Mais).
“Program ini bertujuan mendekati golongan mak nyah yang sering dianggap jelik oleh masyarakat dan mengubah persepsi umum terhadap jabatan agama yang dianggap hanya cenderung menahan mereka apabila melakukan maksiat.
“Dengan terlaksananya program ini, ia membuktikan jabatan agama sebenarnya turut bertanggungjawab membimbing mak nyah supaya mereka kembali ke pangkal jalan,” katanya.
- PETIKAN METRO HARIAN
Alahai Anwar, mereka yang bergelah NYAH pun dah mengambil langkah bertaubat.
Kamu bila lagi nak bertaubat..??
Bawa-bawa lah bertaubat selagi masih ada masa lagi..!!!
1 comment:
anwar kan manusia anugerah tuhan, so ape yang perlu dia taubat? mungkin dia hanya taubuat!
Post a Comment