PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Thursday, March 10, 2011

MAJLIS PENYERAHAN LESEN PENJAJA DBKL KAWASAN PARLIMEN WANGSAMAJU 2010





Majlis Penyerahan Lesen Panjaja tersebut telah diadakan di pusat komuniti Taman Ibukota, Kuala Lumpur pada pukul 9:45 pagi semalam.

Gambar disekitar perkarangan Dewan Komuniti sebelum Majlis Penyerahan Lesen Penjaja dimulakan.













Sewaktu kehadiran Y.Bhg. Datuk Mustafa Kamal Mohd Yusoff, Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala lumpur :-




Setibanya Yang Berbahgia Datuk Shafie Abdullah, perundingan terus dijalankan diperkarangan dewan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penjaja.


Pengerusi Persatuan Penjaja Wangsa Maju, Mohd Rashid Abu Samah ketika berbincang dengan Datuk Shafie Abdullah tentang masalah yang disuarakan



Datuk Shafie Abdullah ketika memberikan penerangan kepada DBKL berkenaan penyelesaian masalah penjaja.

Setelah selesai memebuat perbincangan diluar perkarangan Dewan Komuniti, Majlis penyerahan Lesen Penjaja Kawasan Parlimen Wangsa Maju itu telah dimulai dengan nyanyian lagu "Negaraku", diteruskan dengan taklimat oleh Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Majlis Penyerahan telah diserikan dengan Ucapan Pembukaan Yang Berbahgia Datuk Seri Shafie Abdullah, Setiausaha Politik Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Merangkap Menteri Kewangan Malaysia.

Beliau memang berjiwa rakyat kerana sanggup turun padang bagi menyelesaikan masalah penjaja disekitar kawasan Parlimen Wangsa Maju, dan mendengar rintihan dan keluhan penjaja-penjaja yang selama ini mengharapkan lesen untuk mereka berniaga dari DBKL.

Pengerusi Persatuan Penjaja Wangsa Maju, Mohd Rashid Abu Samah adalah antara orang yang banyak berjasa kepada penjaja-penjaja kecil kawasan Wangsa Maju kerana selalu menyuarakan permasalahan penjaja disekitar kawasan Wangsa Maju bagi memudahkan penjaja-penjaja kecil untuk mendapatkan lesen perniagaan mereka.

Penjaja sekitar Kawasan Parlimen Wangsa Maju berasa amat gembira apabila penyerahan tersebut telah disempurnakan tanpa sebarang masalah yang timbul, dan penjaja juga meluahkan pendapat mereka, bahawa hanya UMNO sahaja yang memperjuangkan nasib mereka dikawasan itu..

Penyerahan lesen tersebut juga membuatkan penjaja sekitar kawasan Wangsa Maju berasa lega kerana kegelisahan yang mereka hadapi selama ini dapat diselesaikan dengan Majlis Penyerahan Lesen Penjaja Kawasan Parlimen Wangsa Maju tahun 2010 yang diadakan semalam.

1 comment:

Anonymous said...

TAHNIAH

KERJA KUAT KUAT TAU BARU ORANG SUKA

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...