KUALA LUMPUR-Petroliam Nasional Berhad (Petronas) menyumbang RM 2juta kepada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk membantu operasi mengeluarkan rakyat Malaysia dari Mesir.
Sumbangan itu diberikan berikutan gesaan kerajaan baru-baru ini supaya sektor awam dan swasta bekerjasama untuk membawa pulang semua rakyat Malaysia ketanah air.
"Petronas berbesar hati untuk bersama-sama dengan TUDM dan syarikat Malaysia yang lain termasuk AirAsia Bhd dan Malaysia Airlines Bhd menjayakan usaha murni ini," menurut kenyataan Jabatan Komunikasi Korporat Petronas semalam.
- Bernama
Misi menyelamat yang dilancarkan Kerajaan dianggap berjaya apabila kira-kira 11,000 pelajar di Mesir telah dipindahkan di Jeddah, sementara sebahagian daripada mereka sudah kembali ketanah air. Presiden Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Abdul Azeez berkata, kerajaan mengucapkan perhargaan kepada tentera dan memberi sumbangan barangan kepada anggotanya untuk menunaikan umrah.
Sumbangan itu ditaja oleh Kelab Putera 1 Malaysia dan tabung haji, menurutnya komitmen tinggi pihak tentera dan kerjasama agensi-agenci terlibat mempercepatkan proses pemindahan pelajar ke tanah air.
2 comments:
syabas dan terima kaseh Petronas,..sudah semestinya membantu Kerajaan..tp 2 million is not enough..
Banyaknya....Buat malu Nik Ajis aje. Petrolnas lebih berkemampuan dari kerajaan kelantan?
Post a Comment