PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Tuesday, February 8, 2011

10 PEMIMPIN DAP TAWAU KELUAR PARTI SERTAI BN



Seramai 10 orang pemimpin DAP Tawau termasuk ketua publisitinya, James Leong Yun Fui, meninggalkan parti berkenaan dan menyertai parti gerakan, satu daripada komponen BN.

Tindakan 10 orang parti pembangkang yang diketauai James Leong itu diumumkan oleh Naib Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Liew Yun Fah pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina Naib Presiden berkenaan.

Mereka menyerahkan borang keahlian mereka kedalam parti Gerakan kepada Pengerusi BN SAbah yang juga Ketus Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada majlis berkenaan dan menyerahkannya kepada Liew Yun Fah.

Mereka mengambil langkah keluar parti yang mereka dokong selama ini kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti DAP yang didakwanya hanya pandai bercakap tetapi tidak mampu menunaikan janji.

James yang sudah 10 tahun bersama Dap berkata, hanya BN yang mampu membawa pembangunan kepada rakyat secara keseluruhannya dan yakin dengan gagasan 1 Malaysia oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dianggapnya berhasil mengembalikan sokongan rakyat kepada pemimpin dan kerajaan.

Parti pembangkang DAP sudah tidak relevan dengan perkembangan semasa dinegeri itu dan tindakan pemimpin DAP menunjukan kelemahan parti itu menyelesaikan dan memperjuangkan masalah rakyat.

Sehubungan itu Ketua publisiti DAP percaya dan yakin lebih ramai lagi pemimpin dan ahli DAP akan keluar parti dan menyertai BN.

Tan Sri Liew yun Fah menyifatkan tindakan itu sebagai langkah terbaik dan petanda positif untuk BN merampas kembali kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Tanjung daripada DAP.

Masyarakat Cina dikawasan kini mula sedar bahawa hanya BN yang mampu memberikan peruntukan pembangunan sekaligus membela nasib rakyat dikawasan berkenann. - Bernama

Memang baguslah mereka mengambil tindakan sebegitu, kerana lama-kelamaan rakyat pasti akan menyedari siapakah sebenarnya yang akan memperjuangkan nasib rakyat yang tertindas. DAP memang pandai berputar alam macam cikgu penasihatnya, Anwar, mengajar berjalan senget macam ketam.

DAP hanya pandai berjanji manis kat rakyat Sabah tetapi sebenarnya habuk pun tarak. Cakap tak serupa bikin. Cuba kita tengok Negeri Pulau Pinang, rakyat memohon Ketua Menteri, Guan Eng membenarkan siapa saja untuk berniaga demi mencari rezki tidak kira mereka Melayu, Cina dan India selain meminta Ketua Menteri itu memberi layanan yang adil dan sama rata kepada semua kaum.

Harap Ketua Menteri Guan Eng berlaku adil kepada sekelian rakyat Pulau Pinang, dan memberikan mereka peluang untuk mencari rezki denngn berniaga kecil-kecilan di situ.

1 comment:

Penditakainsingkat said...

Salam Bro.

Kita juga berharap pemimpin yang keluar parti ini dapat membawa semua pengikut2 yang menyokong mereka selama ini keluar parti bersama-sama.

Kalau setakat pemimpin sahaja, tidak memadai kerana kerana kekuatan sesuatu parti itu sangat bergantung kepada kekuatan ahlinya. pemimpin boleh silih berganti.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...