PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Friday, January 14, 2011

RAYUAN ANWAR DITOLAK LAGI


Anwar tak putus-putus mencoba agar difikirkan dapat memanjangkan tempoh dan tertangguhnya kes liwat yang dihadapinya sekarang.Walaupun sedemikian cubaannya tetap gagal dalam menggugurkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin  daripada mendengar kes liwatnya. 

PETIKAN THE MALAYSIAN INSIDER

Mahkamah Rayuan pagi ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah daripada mendengar kes liwat keduanya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ketua pembangkang itu kini berhadapan dengan tuduhan meliwat seorang pembantunya pada Jun 2008.

Pada 6 Disember lalu, Anwar gagal dalam percubaan keduanya supaya Zabidin menarik diri daripada mendengar kes liwatnya.Ketika membuat keputusan itu awal bulan lalu, Zabidin berkata bahawa berdasarkan transkrip mengenai apa yang diperkatakan oleh beliau dan peguam Anwar, Karpal Singh, dalam mahkamah pada 22 November lepas, beliau mendapati tidak ada apa-apa yang boleh mendorong beliau berlaku tidak adil dalam mendengar kes itu.

Ini merupakan cubaan kedua Anwar supaya Zabidin menarik diri selepas hakim itu menolak permohonannya sebelum ini supaya akhbar Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung satu laporan yang didakwanya sebagai prejudis dalam kes liwatnya.

Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan di Unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Dalam reaksi segera, Anwar yang duduk di bahagian depan galeri awam menoleh ke arah pemberita berkata: “Adakah anda terkejut?”

Perbicaraan kes liwatnya akan dibawa ke pengurusan kes Isnin depan. - THE MALAYSIAN INSIDER


No comments:

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...