PROGRAM TRANFORMASI KERAJAAN

NETWORKEDBLOGS

BLOGGERS 1 MALAYSIA IKUT SAYA, SAYA IKUT ANDA JUGA

Monday, December 6, 2010

PKR DIKUASAI DINASTI - THE ECONOMIST


Langkah berani Parti Keadilan Rakyat (PKR) mewujudkan dasar 'satu ahli, satu undi' pada pemilihan parti bulan lalu kononnya untuk mengubah parti itu menjadi moden, terbuka dan membantu mendemokrasikan politik negara tidak mendatangkan hasil seperti diingini.

Artikel yang disiarkan dalam keluaran terbaru majalah The Economist menyatakan langkah itu menghuru-harakan keadaan dan melemahkan PKR pada pandangan pengundi, malah dari satu sudut ia menjadi kelihatan kurang demokratik.

Artikel itu menyebut tidak pernah sebelum ini dalam sejarah Asia Tenggara mempunyai sebuah parti politik yang berani mewujudkan dasar ‘satu ahli, satu undi’ dalam pemilihannya, dengan semua pemimpinnya dipilih oleh semua ahli parti, seperti didakwa parti yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sejak awal lagi, pemilihan itu sukar dilaksanakan menerusi pembabitan bilangan ahli yang ramai. Walaupun PKR mendakwa memiliki 450,000 ahli, hanya satu persepuluh ahli mengundi. Pemimpin PKR mendakwa masalah logistik menyebabkan ramai ahli tidak dapat mengundi atau gagal mendapatkan maklumat mengenai pengundian,” jelas artikel berkenaan.

Selain itu artikel berkenaan turut melaporkan mengenai tindakan bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang menarik diri daripada bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada 20 November lalu kerana mendakwa bahawa pemilihan itu dimanipulasi supaya beliau tewas dan calon kegemaran Anwar dipilih untuk jawatan berkenaan.


“Zaid berkata, wujud penipuan yang meluas ketika pemilihan dan dasar pemilihan itu direka untuk `menampakkan demokrasi’ dalam parti.
“Seharusnya pemilihan itu membuktikan bahawa PKR adalah sebuah institusi politik berbanding sebagai sebuah pentas untuk satu individu. Dakwaan pengkritik bahawa PKR kurang demokratik bertambah kukuh apabila pemenang terbesar dalam pemilihan itu ialah anak perempuan Anwar, Nurul Izzah.

“Dengan kedudukan bapanya sebagai Penasihat Umum PKR dan ibunya sebagai presiden parti itu, ia menunjukkan bahawa PKR sudah menjadi sebuah parti dinasti. Ia tidak sejajar dengan transformasi parti seperti yang diuar-uarkan oleh Anwar,” kata penulis artikel itu.

Laporan itu turut menyebut dakwaan Nurul Izzah bahawa beliau mengambil inisiatif sendiri untuk tampil bertanding dan ada laporan mengatakan bahawa bapanya tidak bersetuju dengan niatnya untuk bertanding.
Di samping itu, artikel berkenaan turut menyebut seorang lagi Naib Presiden, Tian Chua mengakui beliau tidak mengambil kira risiko yang bakal dihadapi akibat dasar pemilihan berkenaan.

Pakatan pembangkang yang berjaya mengurangkan majoriti 2/3 parti pemerintah pada Pilihan Raya Umum 2008 kini berdepan masalah berat sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat bertambah kuat. “Beberapa pihak juga mendesak supaya Najib mengambil peluang daripada masalah PKR untuk mengadakan pilihan raya. Bagaimanapun ia tidak mungkin berlaku.

“Tetapi dengan perbicaraan kes liwat kedua Anwar di mahkamah dan pada masa sekarang dengan masalah perpecahan dan dakwaan berlakunya penipuan ketika pemilihan PKR, menyebabkan kesan `tsunami politik’ menjadi semakin tidak dirasai lagi,” kata artikel berkenaan

1 comment:

Azizan Yaakob said...
This comment has been removed by the author.

TOP HOT ARTIKEL

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...